Tuesday, December 7, 2010

VISIT SINGAPORE


Pada Hari Raya Haji yg lalu kami sekeluarga ke Singapura melawat saudara mara sebelah mentua di Sembawang Road. Tiba di sana dah agak tengahari menziarah dua buah keluarga, tak dapat lah berjalan2 sekitar Singapura di siang hari.   Hanya dapat mengelilingi kota Singa ini di sebelah malam setelah solat magrib. Tak dapat banyak tempat yg dilawati hanya mengambil angin malam di puncak Marina Bay menikmati pemandangan ketika malam wajah kota Singapura sambil melihat warganya bermain layang2 yg berkelip2 dipasang lampu liplap di keliling layang2 itu.  Biasanya kalau di Malaysia kita melihat orang bermain layang2 di petang hari tetapi pertama kali ku lihat layang2 berterbangan sewaktu malam berkelip2an. Sayangnya gambar orang bermain layang2 liplap ini tak berapa terang gambarnya.  Nah....Indahnya kota Singapura ni...




Friday, November 19, 2010

AKIM @ KAU & AKU 2 SHOWCASE

Drama muzikal musim ke2 Kau & Aku lakunan utama Akim dibantu Aril & wajah2 baru Hafiz AF7, Anith & yg lain2 bakal menemui penonton2 astro ria penghujung Nov ini. Bagai mempromosikan siri ke2 ini sebuah showcase Kau & Aku 2 telah dilangsungkan di Plaza Alam Sentral pd sabtu 13 Nov lalu.  Tidak tahu bagaimana jalan ceritanya namun boleh dijangka bakal menerima sambutan ramai penonton astro kerana memandangkan sudah terlihat sambutan begitu di grd flr Alam Sentral sabtu lalu.  Gambar2 showcase dirakam kamera oleh Iqah,  lagi sila ke link facebooknya   http://www.facebook.com/Tiqet.tiqet











Sunday, August 22, 2010

Proton 25th Anniversary Gala Dinner

Siaran Tertunggak......ye betul2 tertunggak baru kini dapat kupostkan di blog ini. 
Proton 25th Anniversary Gala Dinner berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pd bulan lalu 9 hb Julai bagi menyambut genap tarikh lahir tertubuhnya syarikat Perusahaan Automobil Nasional yg lebih dikenali sebagai PROTON.  Malam dinner ini dihadiri ribuan orang dari prinsipal, rakan pengusaha, pelabur2 dlm negara mahupun luar negara, pekerja proton sendiri yg berkhidmat selama 25 tahun, jemputan2 & tetamu2 kehormat malah Perdana Menteri kita juga turut hadir bersama isteri dan tidak ketinggalan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bersama isteri Dr. Siti Hasmah.


Meja ku berhadapan dgn pentas
Cik Abang antara pekerja proton 25 tahun yg dijemput bersama pasangan

Malam itu setelah pembukaan kata & speech2 disampaikan acara diteruskan dgn persembahan suara dari Zainal Abidin & Sheila Majid  dgn beberapa buah lagu dari album mereka.  Selepas itu acara utama malam Gala Dinner ini adalah perasmian kereta2 proton model baru Ezora dan yg terbaru kereta proton 'EMAS'  EMAS ni kelihatan spt kereta sporty sikit.  Tak tahulah sekarang dah ada di pasaran ke belum tapi ordering telah diterima..



Bersama 'EMAS' dan pengacara mlm itu pengacara TV3

Wednesday, July 14, 2010

Hari Pernikahan & Perkahwinan Adik

Kad jemputan kahwin ini adalah hasil tangan adik sendiri

Setelah setahun tempoh pertunangan berakhir, adikku Fairuz kini telah mengakhiri zaman bujangnya di mana pd Jumaat 2hb Julai lalu, telah selamat diijabkabulkan dgn pasangan pilihan hatinya Mek Teh, gadis Alor Gajah, Melaka yg telah lama dikenalinya. Majlis nikah yg sederhana diadakan di rumah pengantin perempuan selepas solat Asar.  Alhamdullilah Fairuz selamat diijabkabulkan pd petang itu.


Majlis nikah ini disertakan berbalas-balas dulang hantaran, pihak pengantin perempuan memberi 13 dulang hantaran manakala adikku di pihak lelaki sebanyak 11 dulang. Kesemua 11 barang2 hantaran pihak lelaki, adikku mengubahnya sendiri dengan bertema merah & hitam menandakan meriah & berani. Boleh tahan juga hasil kerja adikku ini. Kalau tak percaya nah sila lihat antara gubahan2 hantarannya ini....hasil tangan & citarasa seorang lelaki!

\



Malam Berinai - Slpas nikah petang slpas asar, majlis diteruskan dgn acara malam berinai pulak slpas isyak...



Masa orang sedang berkompang, ini makcik sebelah pengantin perempuan membuat tarian perkenalan di hadapan pelamin sambil memegang 2 piring kecil di tangan.



Majlis persandingan keesokkan harinya, 3 Julai, Sabtu




Bergambar bersama emak

Bersama Angah - isteri angah, Junaidah malu2 nak bergambar

Bersama Uda & suami

Bersama Nahar & isteri

Bersama adik bongsu Noen & tunang, Fairuz gak namanya

Keluarga sebelah pengantin perempuan, ibu & ayah serta adik beradik
Makan Beradap time...

Time makan beradap aku dok sebelah pengantin perempuan, dpt ku fokus zoom dari dekat

Sessi potong kek


Emmm......sedapnya kek.....tak dapat rasa pun

Nuffnangsb

Search This Blog