Sunday, August 22, 2010

Proton 25th Anniversary Gala Dinner

Siaran Tertunggak......ye betul2 tertunggak baru kini dapat kupostkan di blog ini. 
Proton 25th Anniversary Gala Dinner berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pd bulan lalu 9 hb Julai bagi menyambut genap tarikh lahir tertubuhnya syarikat Perusahaan Automobil Nasional yg lebih dikenali sebagai PROTON.  Malam dinner ini dihadiri ribuan orang dari prinsipal, rakan pengusaha, pelabur2 dlm negara mahupun luar negara, pekerja proton sendiri yg berkhidmat selama 25 tahun, jemputan2 & tetamu2 kehormat malah Perdana Menteri kita juga turut hadir bersama isteri dan tidak ketinggalan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bersama isteri Dr. Siti Hasmah.


Meja ku berhadapan dgn pentas
Cik Abang antara pekerja proton 25 tahun yg dijemput bersama pasangan

Malam itu setelah pembukaan kata & speech2 disampaikan acara diteruskan dgn persembahan suara dari Zainal Abidin & Sheila Majid  dgn beberapa buah lagu dari album mereka.  Selepas itu acara utama malam Gala Dinner ini adalah perasmian kereta2 proton model baru Ezora dan yg terbaru kereta proton 'EMAS'  EMAS ni kelihatan spt kereta sporty sikit.  Tak tahulah sekarang dah ada di pasaran ke belum tapi ordering telah diterima..



Bersama 'EMAS' dan pengacara mlm itu pengacara TV3

Nuffnangsb

Search This Blog