Thursday, December 31, 2009

Happy New Year 2010



Days are too busy,


 
Hours are too few,


Seconds are too fast,

but there is always time to share a wish ......


to all of you bloggers, readers & friends here... 


Wishing you all HAPPY & PROSPEROUS  NEW  YEAR  2010!

May all your dreams come true.









Monday, December 21, 2009

Undi Akim dlm Pencalonan Awal ABP Berita Harian 2009

Akim AF7 juga telah tersenarai dlm Senarai Pencalonan Awal Anugerah Bintang Popular 2009 Berita Harian dan tercalun lebih drp 1 kategori, alhamdullillah.

Kumpul dan lengkapkan kesemua TUJUH borang penyertaan Undi & Menang ABPBH 09 dan hantarkan kepada berita harian sebelum 14 Jan 2010. Pilih 5 calon sahaja bagi setiap kategori dgN menandakan (X) pd ruang yg disediakan.  Akim tersenarai dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular di Borang 1, Pelakon TV Lelaki Popular di Borang 3 dan Artis Baru Lelaki Popular di Borang 7.

Borang 1 kategori Penyanyi Lelaki Popular



Borang 3 Kategori Pelakon TV Lelaki Popular



 Borang 7 Kategori Artis Baru Lelaki Popular



 Dan UNDI AKIM secara sms seperti ni... pinjam copy paste dari webs Gafimmers.
SMS ABP A10 utk kategori Penyanyi Lelaki Popular
SMS ABP G03 utk kategori Pelakon TV Lelaki Popular 
SMS ABP O01 utk kategori Artis Baru Lelaki Popular 
dan hantar ke 32728


Undi Anding dlm Pencalonan Awal ABPBH 2009

Anding Indrawani (AF 2) telah disenarai dalam Senarai Pencalonan Awal kategori Pelakon TV Lelaki Popular di Borang 3 Undi & Menang ABPBH 09.  Sila rujuk akhbar berita harian setiap hari utk mendapatkan borang2 dari borang 1 hingga borang7.  Kumpul dan lengkapkan kesemua TUJUH borang penyertaan dan hantarkan kepada berita harian sebelum 14 Januari 2010.

Undi Anding juga secara sms dgn menaip BH (jarak) ABP (jarak) G09 dan hantarkan sms kpd 32728.


Thursday, December 17, 2009

Selamat Menyambut Awal Muharam - Tahun Baru Islam


Mulai selepas magrib ni kita dah masuk ke tahun baru mengikut kalendar Islam, tahun yg ke 1430 kalau tak silap. Pejam celik pejam celik masa berlalu terlalu cepat ye dah habis setahun masuk tahun yg satu lagi. Buku lama ditutup dibuka buku baru & bermulalah lembaran baru. Apa2 pun kita sama2 doakan kesejahteraan hidup utk diri sendiri, keluarga tercinta, sahabat2, kenalan2 sesama umat Islam & keamanan negara kita juga seisi alam semesta ini yg tentunya tidak kekal lama kan.  Utk panduan di bawah ni adalah DOA AWAL TAHUN utk dibacakan selepas solat magrib mlm nanti. Sama2 lah tidak melepaskan peluang ini ye.



Di samping sibuk mengerjakan tugas2 harian utk kesenangan & keseronokan duniawi ni jgn lupa juga kita mengerjakan amalan2 utk akhirat nanti. 

Wednesday, December 16, 2009

Selamat Pengantin Baru

Dah kawin adik sepupuku yg ini maknanya dah besar lah dia. Masa berlalu skejap je, ingat masa Firdaus kecil2 dulu tu. Adik sepupuku Nur Firdaus ni seorang guru Bahasa Inggeris, baru mengajar dah nikah dah, nikah pd Jumaat mlm 11 Dis lalu, majlis perkahwinan keesokan harinya pula di rumah beliau kat Teluk Intan Perak.

Sekitar majlis nikah




Antara barang2 hantaran


Majlis perkahwinan





Mak saudara ku bsama suami

Bermalam di rumah bapa saudara adik emak yg bungsu, Cikgu Shukri


Selamat Pengantin Baru semoga Firdaus bahagia ke anak cucu.

Thursday, December 10, 2009

PROTON Mini Soccer Kid Tournament



Minggu ni dua entry pasal PROTON Soccer Kid yg ku post kat sini, almaklumlah yg 1st entry sblum ni sbnarnya event on 22nd Nov. Jgn tak tau I'm working mama sibuk memanjang kat umah & lepas tu kat ofis pulak tau. Kalau dulu2..dulu2..lain lah... Haa...Mini Soccer Tournament utk kanak2 ni baru Sabtu lepas 5th Dec, baru je tapi aku lambat post kan...kan.. Actually dah the 4th pun tapi termasuk tahun2 lepas lah.  Tahun lepas belum memblog lagi, i'm landing kat tempat lain tapi tak semua yg ku post. Berbalik pd Mini Soccer Tournament organised by PROTON ni..eheh..PROTON FC katanya d 1st time organise sebegini yg disertai team dari negara jiran, Singapura. 

Ada 8 team yg bertanding utk compete dlm mini soccer kid tournament ni ialah spt of course PROTON FC Soccer Kid (Shah Alam) then PROTON Tanjung Malim Soccer Kid, Arsenal Soccer School M'sia, Nanyang FC Singapore, PNSB Soccer Kid Shah Alam, Yangzheng FC Singapore dan 2 team mendaftar last minute iaitu team Putra Kapar & Gen-Pro. Yg bertanding hari sabtu lepas adalah utk kategori peserta kanak2 bawah 10 tahun & 12 tahun. So anakku yg umur 9 tahun tu mainlah utk PROTON FC Soccer Kid Shah Alam. Tahun ni baru 1st time join, tahun lepas tak hanya abangnye yg kaki bola tu tak nak lepaskan peluang.  Ehh..Siap ada sepanduk lagi haa...atas sepanduk lain pulak...



Sebelum pertandingan start, mestilah ada ucapan, kata2 aluan, tapi time ni aku tak sampai lagi tapi anakku sure dah kena ada kat padang bsama dgn ayahnya seawal 7 pagi.  So apa2 ucapan tak lah ku brapa tahu sgt.  Namun sempatlah jugak sampai pkl 8 pagi tu dapatlah snap gambar2 masa tengah dlm barisan lagi. Tapi nampaknya team lebih dari 8 kan? Oh ye, setiap pasukan wakil kan 2 team sekali gus.  Main liga pulak tu....adohai memang sampai ke petang. Tahan lasak jugak ye anak2 bawah 10 & 12 tahun tu. Takpe semangat kesukanan itu yg kita mahu dan pupukkan.


Pertandingan ptama diadakan antara team PROTON FC Shah Alam menentang Nanyang Singapore bermula tepat pd pukul 9.00 pagi.  Pasukan PROTON FC memakai jersey berbaju putih merah manakala Nanyang berjesi biru. Perlawanan ini didahului dengan jaringan gol pertama oleh PROTON FC di minit ke 9.35 dgn tanpa jaringan dari team Nanyang yg seterusnya membawa kemenangan gol 1-0 dari team PROTON FC.  Permainan tamat setelah bermain selama 20 minit.


Selepas tu perlawanan kedua pula dilangsungkan di antara PROTON FC Shah Alam juga tetapi dari team B menentang Putra Kapar selama 20 minit bermula pkl 9.30 pagi.  PROTON FC team B berbaju kuning manakala team Putra Kapar berbaju merah coklat. Perlawanan ni dimenangi oleh Putra Kapar dgn jaringan gol 2-0.

Dan seterusnya perlawanan banyak yg tak dapat ku ikuti sebab sekejap2 balik ke rumah . Namun ia sampai ke petang rasanya hingga 5.00 p.m kerana perlawanan secara liga.   Pd masa ada kesempatan melihat perlawan bolasepak kanak2 ni, aku dapati ada beberapa team yg agak seperti boleh main walaupun mereka ini terlalu kecil ada yg antara berusia 10 tahun ke bawah.  Keputusan akhir kemenangan dijuarai oleh team Gen-Pro dgn gol 1-0 menentang PNSB smasa perlawan final petang itu. Sebelum final kedudukan pasukan2 bolasepak kanak2 ini yg di bawah 10 tahun mengikut ranking tertinggi liga adalah PNSB, Gen-Pro, PROTON Tanjung Malim, Putra Kapar, Arsenal, PROTON Shah Alam, Nanyang & PROTON team B.  Dengan itu bermakna tempat ketiga di menangi oleh PROTON Tanjung Malim manakala tempat ke empat dimenangi oleh Putra Kapar. Gambar2 lain.



Tuesday, December 8, 2009

Proton FC Soccer Kid 2009/2010

 
Pd 22 Nov 09 lalu Klinik bolasepak  PROTON FC "Soccer Kid 2009/2010" telah dilancarkan dgn usahasama Kelab Bolasepak PROTON FC dan Kelab PROTON di padang bolasepak PROTON Shah Alam. Majlis ni disempurnakan oleh Pengurus Sumber Manusia & Pentadbiran PROTON. Hampir 150  peserta yg terdiri  drp anak2 kakitangan kumpulan PROTON Holdings Bhd menyertai klinik bolasepak ni.

Klinik bolasepak ni dikendalikan oleh En. Kamarulzaman Taib, bekas pemain PROTON FC serta dibantu oleh kakitangan  PROTON serta pemain2  Liga Premier PROTON FC.  Peserta kanak2 ini dibahagikan kpd kategori umur 8 tahun, 10, 12 dan 15 tahun diajar  teknik2 bermain bolasepak dgn baik & betul.  Semua perserta kanak2 ni mendapat  satu set jersi utk latihan siap dgn tshirt, seluar, stokin panjang & kasut bola.  Aduhh..bestnya kan.. Yg best lagi, pd 22 Nov 09 tu, 3 orang bintang bolasepak  Selangor iaitu Safee Sali, Rudie Zamli & Zaiza Zainal Abidin dijemput  hadir utk memberi nasihat serta  menceritakan pengalaman mereka menjadi  pemain yg berjaya.

Sesi latihan yg pertama telah dilakukan pd hari yg sama semasa pelancaran iaitu pd 22 Nov lalu diikuti pd setiap sabtu atau ahad dan kadangkala pd hari waktu bekerja biasa mengikut jadual yg telah disediakan.  Lihatlah betapa gigih & bersemangatnya  peserta kanak2 ini menjalani latihan mereka pd hari selepas pelancaran tu.



Anak2ku telah mengambil penyertaan dlm klinik bolasepak tahun 2009/2010 dibawah 10 tahun bagi Hafiz & bagi Haziq bawah 15 tahun. Ini antara gambar2 mereka menjalani latihan pd Nov lalu.


Bersama perserta2 bawah 10 tahun
 
Bersama peserta2 bawah 15 tahun

Haziq & Hafiz


Semua peserta kanak2 ini telah diberi sijil penyertaan






Thursday, December 3, 2009

Bercuti di JB

Khamis minggu lepas balik JB utk menyambut hari raya haji kebetulan abg sepupu husband buat kenduri qiqah pd hari Jumaat raya tu. Bertolak pukul 4 ptg khamis tapi sampai JB dah pkl 12 tengah malam sbbnya hari tu highway lebuhraya ke selatan tersangat jam, lagi pulak byk tempat persinggahannya. Disebabkan terlampau kepenatan husband tak jadi pergi ke kenduri sepupunya di Pontian selepas sembayang raya.  Tapi keesokkannya mengajak kami ke Desaru rumah kakaknya, nak mandi manda kat tepi pantai, nak relax2 kat resort di Desaru.  Dah lama tak ke Desaru utk lepak2 rumah kak long.

Tapi dah sampai Desaru hingga ke ptg tak dapat ke mana2 pun, asyik hujan sampai ke ptg.  Last2 ambik angin je lah kat luar rumah sebelum balik ke JB tangkap gambar family buat kenangan.

Tak puas berjalan, sampai JB husband mengajak pula ke Danga Bay di bandar JB.  Apa lagi semua menjerit2 minta bawa ke Danga Bay jugak.  So mlm tu balik dari Desaru anak2 & sepupu mereka ke Danga Bay lah, tapi disebabkan ibu mertua tinggal keseorangan di rumah aku tak ikut sekali .  Tak apalah tak dapat pergi, boleh jugak lah menonton Sehati Berdansa lpas tu tengok sambungan siri drama 'Kau & Aku' di astro mlm tu.  Tak tahulah apa ceritanya di Danga Bay, cuma gambar2 mereka kat sini menggambarkan segalanya.









Disebabkan bertolak ke Danga Bay dah pkl 9 mlm, banyak permainan yg tak dapat naiki. Mungkin lain kali kalau balik JB insyallah akan ke sini lagi. Antara permainan yg ada kat Danga Bay spt kat gambar2 ni. 






Nuffnangsb

Search This Blog