Thursday, December 10, 2009

PROTON Mini Soccer Kid Tournament



Minggu ni dua entry pasal PROTON Soccer Kid yg ku post kat sini, almaklumlah yg 1st entry sblum ni sbnarnya event on 22nd Nov. Jgn tak tau I'm working mama sibuk memanjang kat umah & lepas tu kat ofis pulak tau. Kalau dulu2..dulu2..lain lah... Haa...Mini Soccer Tournament utk kanak2 ni baru Sabtu lepas 5th Dec, baru je tapi aku lambat post kan...kan.. Actually dah the 4th pun tapi termasuk tahun2 lepas lah.  Tahun lepas belum memblog lagi, i'm landing kat tempat lain tapi tak semua yg ku post. Berbalik pd Mini Soccer Tournament organised by PROTON ni..eheh..PROTON FC katanya d 1st time organise sebegini yg disertai team dari negara jiran, Singapura. 

Ada 8 team yg bertanding utk compete dlm mini soccer kid tournament ni ialah spt of course PROTON FC Soccer Kid (Shah Alam) then PROTON Tanjung Malim Soccer Kid, Arsenal Soccer School M'sia, Nanyang FC Singapore, PNSB Soccer Kid Shah Alam, Yangzheng FC Singapore dan 2 team mendaftar last minute iaitu team Putra Kapar & Gen-Pro. Yg bertanding hari sabtu lepas adalah utk kategori peserta kanak2 bawah 10 tahun & 12 tahun. So anakku yg umur 9 tahun tu mainlah utk PROTON FC Soccer Kid Shah Alam. Tahun ni baru 1st time join, tahun lepas tak hanya abangnye yg kaki bola tu tak nak lepaskan peluang.  Ehh..Siap ada sepanduk lagi haa...atas sepanduk lain pulak...



Sebelum pertandingan start, mestilah ada ucapan, kata2 aluan, tapi time ni aku tak sampai lagi tapi anakku sure dah kena ada kat padang bsama dgn ayahnya seawal 7 pagi.  So apa2 ucapan tak lah ku brapa tahu sgt.  Namun sempatlah jugak sampai pkl 8 pagi tu dapatlah snap gambar2 masa tengah dlm barisan lagi. Tapi nampaknya team lebih dari 8 kan? Oh ye, setiap pasukan wakil kan 2 team sekali gus.  Main liga pulak tu....adohai memang sampai ke petang. Tahan lasak jugak ye anak2 bawah 10 & 12 tahun tu. Takpe semangat kesukanan itu yg kita mahu dan pupukkan.


Pertandingan ptama diadakan antara team PROTON FC Shah Alam menentang Nanyang Singapore bermula tepat pd pukul 9.00 pagi.  Pasukan PROTON FC memakai jersey berbaju putih merah manakala Nanyang berjesi biru. Perlawanan ini didahului dengan jaringan gol pertama oleh PROTON FC di minit ke 9.35 dgn tanpa jaringan dari team Nanyang yg seterusnya membawa kemenangan gol 1-0 dari team PROTON FC.  Permainan tamat setelah bermain selama 20 minit.


Selepas tu perlawanan kedua pula dilangsungkan di antara PROTON FC Shah Alam juga tetapi dari team B menentang Putra Kapar selama 20 minit bermula pkl 9.30 pagi.  PROTON FC team B berbaju kuning manakala team Putra Kapar berbaju merah coklat. Perlawanan ni dimenangi oleh Putra Kapar dgn jaringan gol 2-0.

Dan seterusnya perlawanan banyak yg tak dapat ku ikuti sebab sekejap2 balik ke rumah . Namun ia sampai ke petang rasanya hingga 5.00 p.m kerana perlawanan secara liga.   Pd masa ada kesempatan melihat perlawan bolasepak kanak2 ni, aku dapati ada beberapa team yg agak seperti boleh main walaupun mereka ini terlalu kecil ada yg antara berusia 10 tahun ke bawah.  Keputusan akhir kemenangan dijuarai oleh team Gen-Pro dgn gol 1-0 menentang PNSB smasa perlawan final petang itu. Sebelum final kedudukan pasukan2 bolasepak kanak2 ini yg di bawah 10 tahun mengikut ranking tertinggi liga adalah PNSB, Gen-Pro, PROTON Tanjung Malim, Putra Kapar, Arsenal, PROTON Shah Alam, Nanyang & PROTON team B.  Dengan itu bermakna tempat ketiga di menangi oleh PROTON Tanjung Malim manakala tempat ke empat dimenangi oleh Putra Kapar. Gambar2 lain.



No comments:

Post a Comment

Nuffnangsb

Search This Blog