Sunday, October 21, 2012

7 Hari / 6 Malam Di Kota Beijing - 1st Day

Hari pertama di Kota Beijing adalah hari Sabtu, seawal pagi selepas sarapan di hotel mula menaiki bas yg telah siap menunggu membawa kami ke Dataran Tiananmen & Kota Larangan Istana Lama atau dikenali di sana sebagai Forbidden City. Sehari suntuk kami berjalan kaki melawat dataran yg terlalu luas ini & istana kota lama di zaman Dinansti Ming, merentasi pagi yg sgt dingin tengahari yg cerah tetapi masih terlalu sejuk serta melewati ratusan penduduk Beijing yg juga melawat dataran & istana ini. Sungguh sangat teruja melihat keindahan di sini, maka tak lepas kan peluang menangkap gambar2 di sekitar sebagai kenangan abadi.
                                                              
DATARAN TIANANMEN
Dataran Tiananmen ialah plaza besar berdekatan pusat bandaraya Beijing yg dinamakan sempena Tiananmen (Pintu Damai Syurga), terletak di arah utara dan memisahkan dataran ini dari Kota Larangan. Keluasan dataran ini meliputi 40.5 hektar (100 ekar) menjadikannya dataran bandar terbuka yg terbesar di dunia. Pintu Tiananmen mula dibina pada tahun 1420 an ketika Dinasti Ming & pernah musnah ketika berlaku pergaduhan besar di antara Li Zicheng & Maharaja Qing tetapi dipulihkan pada awal Dinasti Qing pada tahun 1651, kini menjadi salah satu tempat bersejarah dunia. Mengikut arus zaman moden lagi serba maju dataran ini diperindahkan lagi bagi menarik pelancung luar dalam negara malah dari seluruh pelusuk dunia pasti tidak ketinggalan datang melawat dataran yg bersejarah ini.
  



Laluan sepanjang di Dataran Tiananmen



Merentasi Dataran Tiananmen



Bersama kenalan peserta lawatan dari Kelantan








                          Bergambar bersama teman sepejabat serta keluarga masing2
Perjalanan dari Dataran Tiananmen ke Forbidden City, Kota Larangan Istana Lama di Zaman Dinasti Ming

Di penuhi dgn pemandangan pohon2 Korea Pear, dikenali di M'sia sebagai buah Pisang Kaki

                               
                                        Di luar perkarangan Forbidden City

      
FORBIDDEN CITY, KOTA LARANGAN 
Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi Maharaja China yg mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak di tengah2 kota Beijing, China yg  kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun. Dibina pada tahun 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan & 8,707 buah bilik yg merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi (7,800,000 kaki persegi).  Kompleks istana ini menjadi contoh senibina agam China tradisional, pengaruh budaya serta pembangunan senibina di Asia Timur & dunia. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1987 & disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar strukur kayu terpelihara di dunia.

Sebelum memasuki Kota Larangan, bergambar beramai2 bersama kesemua 25 peserta lawatan


Istana ini mempunyai 7 lapisan istana yg rekabentuk bangunan yg sama, setiap pintu lapisan ke lapisan yg seterusnya akan menuruni anak tangga utk sampai ke istana berikutnya
Dlm perjalanan setiap lapisan, akan kelihatan penjaja berbagai jualan spt topeng opera China, mahkota raja China, tongkat bintang atau bunga tapi yg menariknya ada lah ini......manisan buah bidara yg disaluti sira gula madu lebah & dicucuk dilidi....rasanya sedap masam2 manis.  

Perjalanan bermula di lapisan istana yg pertama




Dan yg ini lapisan istana yg terakhir
Di dalam nya masih terdapat segala perabut2, pakaian2 di Raya tetapi pengunjung tidak dibenarkan masuk 
Di perkarangan Taman DiRaja Dinasti Ming






\


Setelah keluar dari Kota Larangan, kami bertolak utk makan tengahari yg sebenarnya makan petang sbb waktu lunch masih berkampung di Forbidden City. Selepas itu kami ke masjid utk solat jamak zohor & asar

Lihat pohon2 musim luruh ini di perkarangan masjid, cantik
Di dalam perkarangan masjid


          Setelah solat, bergambar bersama peserta2 lawatan wanita di hadapan masjid


Selepas makan malam baru kami pulang ke hotel, penat keletihan....Lawatan hari ke2 adalah melawat Summer Palace

Nuffnangsb

Search This Blog