Friday, October 30, 2009

Akim dlm Drama Musikal "Kau & Aku"





Episod pertama drama Musikal 'Kau & Aku" dah mula ditayangkan kat Astro Ria minggu lepas sabtu pkl 10.00 mlm.  Hah.... besok sabtu malam episod kedua pulak kesambungan crita yg dilakunkan oleh Akim AF7, Mila, Aril AF7.  Pastinya skrg ni aku akan mengikuti drama musikal bersiri ini selepas sebelum tu mengikuti drama bersiri Klon Teja di astro juga.

Cerita ni lebih kpd drama muzikal, rasanya inilah drama musikal ulung yg pernah ada di negara kita ini kalau tak silap lah yg berbentuk muzikal.  Sbenarnya dah lama ku tunggu drama2 atau crita2 sebegini, sejak mula2 AF lagi, sejak 5 tahun lalu. Akhirnya ada juga dapat dihasilkan oleh pihak astro sendiri.  Sinopsis crita dah ku tahu lebih kurang cerita cinta tiga segi di kalangan pelajar kolej muzik.  Agak menarik, walau apa pun ku tunggu sehingga penghabisan siri drama ini.  Bagiku cerita yg menarik terletak pd berbagai2 aspek, yg pertamanya intro muzik drama itu sendiri hendaknya biarlah sedap didengar & dgn selingan lagu2 menarik, lebih menarik lagi dgn adanya beberapa tarian2 sekali. Kemudian yg utamanya bergantung pd lakunan para pelakun2 nya, mesti pandai membawa apa bentuk watak & emosi mengikut jalan cerita itu. Selain itu pd pandangan ku menariknya sesebuah cerita itu dgn  adanya unsur2 suspen, adanya membuat penonton tertanya2 dan tertunggu2 apa yg akan jadi selanjutnya cerita berkenaan, ada kelogikan & kebenaran, pengajaran dan mesej yg mudah & senang difaham.  Paling akhir menariknya crita itu apabila ia boleh membawa penonton mengikuti crita tu mengembara tanpa meninggalkan sedikit pun mana2 adegan.  Di sini peranan crew2 di sebalik tabir pun harus memainkan peranan dgn pengambilan shot2 menarik, hmm....... idea2 seorang pengarah itu lah yg paling dinilaikan bagiku.  

Apa2 pun aku tunggu je lah drama musikal "Kau & Aku" ini setiap sabtu malam.  Kat sini ada bbrapa petikan2 gambar Akim, Aril, Mila & pelakun2 lain sedang membuat pengambaraan semasa di Jakarta dulu. Ialah gambar2 drama "Kau & Aku" dah banyak dikeluarkan di akhbar2 tempatan, majalah2 tapi ini adalah gambar2 ehsan dari forum gafimmers & website group itu sendiri.









Yg menariknya gambar Akim tengah tidur, agaknya keletihan penat berlakun tu...atau sedang menunggu scene nya sendiri terus tertidur.

Jom Jenguk2 Kedai Pakaian


Ini kedai pakaian diusahakan oleh adikku angah, berdaftar sbg Kedai Ayah Man sempena mengambil nama anak lelakinya yg nombor 2, Osman.  Kedai ni di sewa dari tingkat bawah & atas juga satu lagi sebelah tingkat atas.  Kiranya angah sewa dua buah kedai lah ni.  Yg kat gambar ni adalah pandangan dari tingkat bawah. Sebelum itu angah sudah lama mengusahakan sebuah lagi kedai pakaian, Dija Enterprise sempena mengambil nama anak sulungnya Khadijah. Dija Enterprise kini telah diambil alih oleh seorang lagi adik lelaki yg lain sbbnya tak cukup kakitangan nak kendalikan kata angah.

Kedai pakaian Ayah Man ni terletak di Senawang berhampiran Giant.  Angah ni suka berniaga, agaknya ikut jejak nenek moyang dulu2 tu kot.  Dah hampir 8 tahun angah bkecimpung dlm perniagaannya, sejak habis belajar business study kat UITM sblum bekerja skejap dlm 2 tahun, angah tak teragak2 berhenti kerja hanya nak buat business.  Ruginya angah, belajar bertahun2 ambik Architectural study kat UTM, 3 tahun di Jln Semarak, KL sambung stahun kat Skudai, Johor belajar lagi kat UITM ambik business.  Hmmm...alih2 angah berniaga sendiri.  Tapi angah kata itu kepuasan, angah suruh pula ku cuba berniaga.  Hisshh...nak berniaga apa ke benda! Tak tau langsung ilmu perniagaan ni.  Tapi kini, berkat usaha gigih angah  alhamdulillah apa yg angah decide dulu2 tuk berhenti keja tu, berbaloi2. Walaupun berniaga pd awal2nya hanya jual kek pisang.  Hehehe...ingat lagi angah jual kek pisang dulu2 tu smpai angah sering ambik cuti.

Berbalik pd kedai pakaian Ayah Man tu, angah jual mcm2 pakaian utk kanak2, pakaian org dewasa lelaki perempuan, pakaian sekolah, berbagai jenis tudung, jubah, telekung, sejadah, set cadar, langsir, kain ela tuala, selimut dan mcm2lah.  Kebanyakkannya Malaysia made tapi ada jugak import dari Indonesia & China. Jom sudi2 jenguk kedai pakaian ni.  Angah kalau menjual ni ikut musim.  Kalau musim raya, baju raya lah byk dijual, haa lepas ni musim jual baju sekolah penuh lah kedai ni ngan baju sekolah pulak.


Ni pandangan dari luar je masa musim raya baru2 ni, so baju2 raya je lah nampak banyak dijual.  Blouse wanita bergantungan kat tepi2 tu.  Yg kat dlm petak2 tu berbagai jenis tudung.  Tudung contoh ada bergantungan kat sebelah depan.


Masa musim raya memang ramai orang membeli, kadang kala angah tutup kedai sampai pukul 1 tengahmalam. Biasanya pukul 10 mlm dah tutup dah.

Kalau dtg Senawang, lepas habis berniaga Angah pasti belanja kami makan2.  Murah rezeki angah..


Friday, October 23, 2009

Hari Pertunangan Adik

Ahad lalu adikku Fairuz bertunang, org Tampin, Melaka.  Aku pergi ikut rombongan ni bersama adik bradik lain & saudara mara.  Actually majlis ni sebenarnya bermula dgn majlis merisik, dah diterima terus bertunang.  Senang kan!  Itulah permintaan keluarga di pihak perempuan.  Aku, hubby & anak2 bermalam di rumah adikku angah di Senawang, Seremban. Tolong2 buat gubahan touch-up2 ala kadar, dlm 5 dulang.  Kata adikku Fairuz, nnti masa majlis perkahwinan dia nak buat hantaran gubahan yg cantik2 katanya.  Tak kisah lah Fairuz, janji bahagia.  Insyallah.

Pagi Ahad tu kami dlm 5 kereta berangkat dari rumah adikku angah di Senawang dlm pukul 12 tghari.  Sebelum berangkat aku ambil beberapa gambar hantaran.

Gambar2 hantaran: Tepak sirih, kain satin utk nikah nanti, telekung, sebentuk cincin belah rotan utk merisik & sebentuk cincin permata sbagai tali pengikat pertunangan serta kek lapis prune & kropok marcher.






Ni lah adikku Fairuz, bergambar dgn hantaran2 dulangnya.  Nama sebenarnya Mohd Sobhahul Fairuz. 
                               

Ni bergambar bersama adik perempuan ku dan emak.


Kami sampai Tampin dalam pkul 1.45 ptg terus pergi ke masjid berhampiran utk solat zohor terlebih dahulu. Nak ke rumah pihak perempuan hanya 10 minit saja.  Di sana ramai dah menunggu majlis bermula.




Ni suasana semasa majlis, ketika sedang bertanya & merisik.


Merisik cincin ke? hehehe..


Alhamdullillah peminangan diterima terus emak bersalam dgn bakal menantu & menerima salam hormat.


Lepas tu apa lagi disarung dengan cincin pertunangan lah.


Lalu dicium dahi tanda kasih bermula hehehe...


Ini lah bakal adik ipar ku nanti ......


Dah habis majlis merisik & bertunang majlis makan lah pulak...



Bersama adik


Bergambar bersama hantaran dari pihak perempuan


Tempuh pertunangan perjanjian dicapai bersama adalah selama setahun, mungkin boleh dipercepatkan dan boleh juga terlewat mengikut keadaan & sepakat bersama.  Yg lain2.... rahsia hehehehe....!!

Tuesday, October 20, 2009

Di Penghujung Syawal

Hari khamis mlm jumaat minggu yg lepas aku buat decision nak buat mkn2 tuk raya as anak2 dok meminta2 nak mengajak kwn2 sekolah masing2 nak beraya di rumah. So kira last minute lah trus husbn order makanan kat kantin proton tmpatnya bekerja yg dpt hanya mee rebus & nasi impit bsama kuah kacang utk 50 org makan. Kalau order lebih 50 org mungkin order tak diterima kerana ada bnyak function2 lain lagi.

Pagi esoknya hari jumaat aku pergi bekerja spt biasa tapi sbenarnya risau juga apa kan jadi jemputan mln nnti sbbnya tiada apa2 perancangan yg dpt ku buat. Akhirnya aku buat keputusan aku ni kena balik ke rumah cepat. Aku ajak kwn2 sepejabat, hanya department ku saja Ira, Kak Ani, Rita, Omar & Zarina. Sudah lama btul aku tak membuat majlis jamuan raya, rasanya hampir 5 tahun agaknya. Ni jelah yg dpt ku order.
Ptg tu Ira & family Anuar, Ajoi, A'in, yg sorang lagi lupa pulak namanya, smpai rumahku sekitar 6 ptg bsama Rita & Zarina. Tak sesat pun mereka, psl aku smpat sketch map tuk diaorang walaupun hari tu memang sgt2 sibuk di ofis. Smpai je di rumah, aku menjemput mereka makan apa2 je yg ada. Aku tak sempat nak masak2 hanya order je sbbnya hari tu aku sedang berpuasa sunat hari yg ke6. Sambil2 makan kami berborak2, ada saja nak diborakkan. Begitulah kami kat ofis ada masa masing2 byk keja, fokus semacam je tapi bila dah ptg2 masing2 mula menyembang yg bukan2 barulah terdengar jenaka2 kosong & gelak ketawa. Tapi yg sronoknya masa diaorang dtg ni aku suka tengok diaorang makan walaupun bukan aku yg masak. Tengok lah mereka makan ni....
Sampai ada yg kasi 'thumb-rise' katanya sedap tapi bagiku pedas sikit lah...
Dah habis makan baru lah berposing gambar....




Yg best nya dpt jugak tangkap gambar A'ain walaupun agak sukar nak snap photonya! Malu agaknya A'ain tu...

Dan sebelah mlm nya barulah jemputan kwn2 anak ku yg dtg. Jangka dlm 50 org tapi hampir 80 org jadinya. Wah tak sangka ya dlm tak planing2 tu ramai juga yg dtg. Siap pergi kedai lagi beli mee basah buat tambah mknan. Gambar2 kat bawah ni smua bukan aku yg snap sbbnya mlm tu aku sibuk melayan tetamu. Nampak ada gambar yg blur & goyang2 sikit.







Esoknya aku sambung mengemas2 sehingga ke petang langsung tak jadi pergi open house saudaraku di Ampang sbbnya mlm slepas magrib aku harus ke Seremban. Adikku nak bertunang hari Ahad tu pula, smua brg2 hantaran ada pd ku yg perlu ku touch-up2 brg2 hantarannya.








Nuffnangsb

Search This Blog