Friday, October 30, 2009

Akim dlm Drama Musikal "Kau & Aku"





Episod pertama drama Musikal 'Kau & Aku" dah mula ditayangkan kat Astro Ria minggu lepas sabtu pkl 10.00 mlm.  Hah.... besok sabtu malam episod kedua pulak kesambungan crita yg dilakunkan oleh Akim AF7, Mila, Aril AF7.  Pastinya skrg ni aku akan mengikuti drama musikal bersiri ini selepas sebelum tu mengikuti drama bersiri Klon Teja di astro juga.

Cerita ni lebih kpd drama muzikal, rasanya inilah drama musikal ulung yg pernah ada di negara kita ini kalau tak silap lah yg berbentuk muzikal.  Sbenarnya dah lama ku tunggu drama2 atau crita2 sebegini, sejak mula2 AF lagi, sejak 5 tahun lalu. Akhirnya ada juga dapat dihasilkan oleh pihak astro sendiri.  Sinopsis crita dah ku tahu lebih kurang cerita cinta tiga segi di kalangan pelajar kolej muzik.  Agak menarik, walau apa pun ku tunggu sehingga penghabisan siri drama ini.  Bagiku cerita yg menarik terletak pd berbagai2 aspek, yg pertamanya intro muzik drama itu sendiri hendaknya biarlah sedap didengar & dgn selingan lagu2 menarik, lebih menarik lagi dgn adanya beberapa tarian2 sekali. Kemudian yg utamanya bergantung pd lakunan para pelakun2 nya, mesti pandai membawa apa bentuk watak & emosi mengikut jalan cerita itu. Selain itu pd pandangan ku menariknya sesebuah cerita itu dgn  adanya unsur2 suspen, adanya membuat penonton tertanya2 dan tertunggu2 apa yg akan jadi selanjutnya cerita berkenaan, ada kelogikan & kebenaran, pengajaran dan mesej yg mudah & senang difaham.  Paling akhir menariknya crita itu apabila ia boleh membawa penonton mengikuti crita tu mengembara tanpa meninggalkan sedikit pun mana2 adegan.  Di sini peranan crew2 di sebalik tabir pun harus memainkan peranan dgn pengambilan shot2 menarik, hmm....... idea2 seorang pengarah itu lah yg paling dinilaikan bagiku.  

Apa2 pun aku tunggu je lah drama musikal "Kau & Aku" ini setiap sabtu malam.  Kat sini ada bbrapa petikan2 gambar Akim, Aril, Mila & pelakun2 lain sedang membuat pengambaraan semasa di Jakarta dulu. Ialah gambar2 drama "Kau & Aku" dah banyak dikeluarkan di akhbar2 tempatan, majalah2 tapi ini adalah gambar2 ehsan dari forum gafimmers & website group itu sendiri.









Yg menariknya gambar Akim tengah tidur, agaknya keletihan penat berlakun tu...atau sedang menunggu scene nya sendiri terus tertidur.

No comments:

Post a Comment

Nuffnangsb

Search This Blog