Friday, October 30, 2009

Jom Jenguk2 Kedai Pakaian


Ini kedai pakaian diusahakan oleh adikku angah, berdaftar sbg Kedai Ayah Man sempena mengambil nama anak lelakinya yg nombor 2, Osman.  Kedai ni di sewa dari tingkat bawah & atas juga satu lagi sebelah tingkat atas.  Kiranya angah sewa dua buah kedai lah ni.  Yg kat gambar ni adalah pandangan dari tingkat bawah. Sebelum itu angah sudah lama mengusahakan sebuah lagi kedai pakaian, Dija Enterprise sempena mengambil nama anak sulungnya Khadijah. Dija Enterprise kini telah diambil alih oleh seorang lagi adik lelaki yg lain sbbnya tak cukup kakitangan nak kendalikan kata angah.

Kedai pakaian Ayah Man ni terletak di Senawang berhampiran Giant.  Angah ni suka berniaga, agaknya ikut jejak nenek moyang dulu2 tu kot.  Dah hampir 8 tahun angah bkecimpung dlm perniagaannya, sejak habis belajar business study kat UITM sblum bekerja skejap dlm 2 tahun, angah tak teragak2 berhenti kerja hanya nak buat business.  Ruginya angah, belajar bertahun2 ambik Architectural study kat UTM, 3 tahun di Jln Semarak, KL sambung stahun kat Skudai, Johor belajar lagi kat UITM ambik business.  Hmmm...alih2 angah berniaga sendiri.  Tapi angah kata itu kepuasan, angah suruh pula ku cuba berniaga.  Hisshh...nak berniaga apa ke benda! Tak tau langsung ilmu perniagaan ni.  Tapi kini, berkat usaha gigih angah  alhamdulillah apa yg angah decide dulu2 tuk berhenti keja tu, berbaloi2. Walaupun berniaga pd awal2nya hanya jual kek pisang.  Hehehe...ingat lagi angah jual kek pisang dulu2 tu smpai angah sering ambik cuti.

Berbalik pd kedai pakaian Ayah Man tu, angah jual mcm2 pakaian utk kanak2, pakaian org dewasa lelaki perempuan, pakaian sekolah, berbagai jenis tudung, jubah, telekung, sejadah, set cadar, langsir, kain ela tuala, selimut dan mcm2lah.  Kebanyakkannya Malaysia made tapi ada jugak import dari Indonesia & China. Jom sudi2 jenguk kedai pakaian ni.  Angah kalau menjual ni ikut musim.  Kalau musim raya, baju raya lah byk dijual, haa lepas ni musim jual baju sekolah penuh lah kedai ni ngan baju sekolah pulak.


Ni pandangan dari luar je masa musim raya baru2 ni, so baju2 raya je lah nampak banyak dijual.  Blouse wanita bergantungan kat tepi2 tu.  Yg kat dlm petak2 tu berbagai jenis tudung.  Tudung contoh ada bergantungan kat sebelah depan.


Masa musim raya memang ramai orang membeli, kadang kala angah tutup kedai sampai pukul 1 tengahmalam. Biasanya pukul 10 mlm dah tutup dah.

Kalau dtg Senawang, lepas habis berniaga Angah pasti belanja kami makan2.  Murah rezeki angah..


No comments:

Post a Comment

Nuffnangsb

Search This Blog