Thursday, January 28, 2010

Apa Kena Dgn Ku?

Minggu lepas 2 kali perkara ni berlaku.....keretaku sebelah belakang di bahagian bumper dilanggar & malah melanggar kereta orang.  Kedua2nya ketika hujan lebat & kilat sabung menyabung. Adakah kerana hujan atau kecuaian?

Pagi rabu tu cuaca yg redup dgn hujan yg agak lebat juga, aku drive spt biasa ke tempat kerja. Dlm separuh perjalanan dari rumah & dah nak hampir ke tempat ofis ku di Glenmarie, aku terasa keretaku dilanggar dari belakang.  Slow down aku drive stop kereta buka payung lalu terus keluar dari kereta di tengah lane jalan raya tu.  Sebuah kereta proton saga berhenti di belakang kereta ku....lalu kelihatan suami isteri berbangsa India keluar dari kereta tu.  Kami masing2 melihat apa yg jadi. Aku yg ternampak lampu keretanya belah kiri dah pecah & bumpernya agak kemek lalu cepat2 aku melihat belakang kereta ku. Ah...nasib baik tak ada apa2. Suami isteri tu minta maaf katanya brek tak makan....aku pun melepaskan mereka pergi memandangkan keretaku itu ok saja. Dah kulupakan kejadian pagi tu.....

Tapi petang jumaat pulak minggu yg sama berlainan ceritanya tapi hampir sama.  Setelah keluar dari ofis dlm pukul 6 ptg lebih kurang lah aku yg tetap mahu pulang walaupun keadaan hujan lebat kilat sabung menyabung aku redah juga dgn kereta ku itu.  Singgah kejap ke shell nak isi minyak RM20.  Nasib baik RM20 kalau RM50 ke RM100 macamana?  Sambil drive keluar dari Shell aku rasa pelik kenapa sign minyak masih merah.....kenapa minyak tak naik...pelik sungguh padahal tadi aku dah ke shell bayar nak isi minyak.  Tiba2 aku teringat minyak tak diisi lagi....oh mula lah kelam kabut. Di jalanraya dah mula jam apa jadi kalau keretaku terberhenti di tengah jalan dlm keadaan jam & hujan lebat? Terpaksa teruskan drive sambil pandang cermin belakang.  Kebetulan di hadapan ada trafic light so dpt perlahankan kereta niat nak patah balik ke shell tadi.  Melihat ke cermin belakang kereta agak jauh lagi aku mula reverse kan kereta. Hati gelabah ketika ni. Sekali reverse ok....reverse lagi ooopps aku terlanggar sesuatu...oh kereta yg ku pandang tadinya dari jauh rupanya dah hampir dgn kereta ku.  Driver tu dah bagi signal ikut nya ke tepi ke shop lots berdekatan.  Dlm keadaan hujan lebat kilat2 lagi dgn berpayung kami keluar dari kereta masing2 melihat apa yg terjadi.  Alamak keretanya lampu kiri pecah, bumper pun retak juga...alahai memang kena lah aku kali ni.  Aku terus melihat kereta belakang ku, hai....pasal apa ok je....cantik je....bumper pun takda apa2 pun.  Walau macamanapun aku harus bertanggungjawab nasib baik pakcik ni baik orangnya kami buat temu janji keesokan harinya hari Sabtu utk settle kan masalah ini.

Dah settle perbincangan dgn pakcik petang jumaat tu aku patah balik ke shell tadi, pegi ke kaunter dan beritahu aku belum isi minyak setelah membuat bayaran di kaunter tadi.  Malangnya.....hah tak payah cerita lah.  Adik kat kaunter tu kata ramai customer macam tu bayar utk isi minyak tapi lupa isi minyak.  Tapi buatku ini pertama kali harap terakhir kali lah.

Ini gambar kereta pakcik yg ku langgar tu


Nasib baik Suzuki ku tak ada apa2


Saturday, January 23, 2010

Akim @ Pencalunan Akhir ABPBH 2009 - Jom Undi & Menang

Akim AF7 telah tersenarai dalam pencalunan akhir ABP Berita Harian kali ini dgn dua  kategori iaitu Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular. 5 calun yg tersenarai Penyanyi Lelaki Popular selain Akim adalah Adam, Aizat, Faizal Tahir & Mawi manakala 5 calun dlm senarai Artis Baru Lelaki Popular adalah Akim, Aril, Black, Gambit & Hafiz.

Berlainan dgn pencalunan awal ABPBH 2009 yg lalu di mana boleh memilih 5 pilihan terbaik dlm setiap kategori tetapi dlm pencalunan akkhir ini hanya boleh memilih SATU CALUN shaja bagi setiap kategori.  16 kategori dipertandingkan. Tarikh tutup penyertaan sebelum 25 Mac 2009.

Jom undi & menang dlm borang Bintang Paling Popular berita harian ini yg dikeluarkan dah setiap hari bermula 22 Jan lalu. Hadiahnya...wah bestnya kalau dapat...Kereta Nissan Grand Livina 1.6l utk pembaca berita harian, kereta Nissan X-Trail 2.0L, barang kemas Habib Jewel, motorsikal Naza Blade 250 banyak lagi hadiah yg menarik menanti utk pengundi.

Sambil tu boleh juga undi secara sms kesemua kategori tu caranya contoh BH ABP A02, B06, C15, D20 & selanjut 16 kategori tu. Hadiah undi & menang cara sms pulak 20 pcs telepon bimbit, 3 pcs IPod, 7 pcs komputer riba, 10 pcs pemain MP4 & 5 pcs kamera digital yg menanti utk pengundi yg tepat.


Friday, January 22, 2010

Support Akim @ Anugerah Juara Lagu ke 24

Haiii....dah lama rasanya tak update blog ni.... agak sibuk sedikit kat ofis kat rumah.  Hari minggu masih sibuk menghadiri kenduri kendara. Nak update tentang Anugerah Juara Lagu ke 24 ni pun tak sempat namun walaupun dah 2 minggu AJL24 berlalu rasanya nak jugak berkongsi photo kat sini...nak bercerita dah menghilang ideanya tentang AJL ni.  Tapi boleh cerita sedikit2.

Wawa sms beri 3 pas masuk, pergi lah dgn anak & kawannya.  Mulanya husband nak pergi tapi siapa pula nak jaga anak yg bongsu tu ye. 1st time drive ke Bkt Jalil, buat arrangement dgn Erni... sampai bukit Jalil berjumpa lah ramai Gafimmers kat sana, berkumpul dlm surau hehehe...smbyang & bermekap2.  Ibu dan ayah Akim pun ada.  Dah booking 3 tshirt gafimmers dgn Wawa apalagi sedondon ungu lah semua. Sbelum masuk dewan tangkap gambar ramai2 dulu.


Begitu ramainya orang beratur, aduhai letih pula berbaris nasib baik hari tak hujan masa tu kalau tidak basah kuyup lah agaknya.  Ini gambar org beratur masuk ke dalam dewan belum lagi pemandangan ribuan org
beratur di belakang ku wah..
 
Ni belum lagi pemandangan di dalam stadium, ribuan orang, penuh stadium sampai ada yg berdiri. Pas masuk yg kudapat utk di level 4. Tinggi tu ....dapat lah ku shoot photo seluruh stadium.


Lagu2 yg dipertandingkan semua hebat2 belaka, kalau aku jadi juri memang tak tahu lah pilih lagu yg mana utk menang. Lagu yg paling membuat ku naik bulu roma mendengarnya adalah nyanyian Misha Omar dgn lagunya Adam & Hawa. Hmm...suara Misha Omar... Akim pada ku membawa lagu Bengang sangat baik malam tu suara bertenaga performance sangat menarik tapi ada sedikit kelainan melodi kedengaran dari biasa.  Ramai yg kedengaran besuara di dalam stadium mlm tu lagu Aizat 'Pergi' tak jangka utk menang juara lagu tapi padaku mungkin ada sedikit kelainan drpd lagu2 yg lainnya yg boleh dikatakan semua lagu bertenaga & dinamik.  Lagu 'Pergi' pada pandanganku rasanya mengikut tema 'Satu Malaysia' mungkin kali....Tahniah utk semua pemenang.

Sebelum pulang di luar stadium masih berjumpa dgn gafimmers & ambil gambar.  Atiqah & kawannya Putri sempat bergambar dgn Aril yg tinggi tu, adik Akim.



Nuffnangsb

Search This Blog