Thursday, January 28, 2010

Apa Kena Dgn Ku?

Minggu lepas 2 kali perkara ni berlaku.....keretaku sebelah belakang di bahagian bumper dilanggar & malah melanggar kereta orang.  Kedua2nya ketika hujan lebat & kilat sabung menyabung. Adakah kerana hujan atau kecuaian?

Pagi rabu tu cuaca yg redup dgn hujan yg agak lebat juga, aku drive spt biasa ke tempat kerja. Dlm separuh perjalanan dari rumah & dah nak hampir ke tempat ofis ku di Glenmarie, aku terasa keretaku dilanggar dari belakang.  Slow down aku drive stop kereta buka payung lalu terus keluar dari kereta di tengah lane jalan raya tu.  Sebuah kereta proton saga berhenti di belakang kereta ku....lalu kelihatan suami isteri berbangsa India keluar dari kereta tu.  Kami masing2 melihat apa yg jadi. Aku yg ternampak lampu keretanya belah kiri dah pecah & bumpernya agak kemek lalu cepat2 aku melihat belakang kereta ku. Ah...nasib baik tak ada apa2. Suami isteri tu minta maaf katanya brek tak makan....aku pun melepaskan mereka pergi memandangkan keretaku itu ok saja. Dah kulupakan kejadian pagi tu.....

Tapi petang jumaat pulak minggu yg sama berlainan ceritanya tapi hampir sama.  Setelah keluar dari ofis dlm pukul 6 ptg lebih kurang lah aku yg tetap mahu pulang walaupun keadaan hujan lebat kilat sabung menyabung aku redah juga dgn kereta ku itu.  Singgah kejap ke shell nak isi minyak RM20.  Nasib baik RM20 kalau RM50 ke RM100 macamana?  Sambil drive keluar dari Shell aku rasa pelik kenapa sign minyak masih merah.....kenapa minyak tak naik...pelik sungguh padahal tadi aku dah ke shell bayar nak isi minyak.  Tiba2 aku teringat minyak tak diisi lagi....oh mula lah kelam kabut. Di jalanraya dah mula jam apa jadi kalau keretaku terberhenti di tengah jalan dlm keadaan jam & hujan lebat? Terpaksa teruskan drive sambil pandang cermin belakang.  Kebetulan di hadapan ada trafic light so dpt perlahankan kereta niat nak patah balik ke shell tadi.  Melihat ke cermin belakang kereta agak jauh lagi aku mula reverse kan kereta. Hati gelabah ketika ni. Sekali reverse ok....reverse lagi ooopps aku terlanggar sesuatu...oh kereta yg ku pandang tadinya dari jauh rupanya dah hampir dgn kereta ku.  Driver tu dah bagi signal ikut nya ke tepi ke shop lots berdekatan.  Dlm keadaan hujan lebat kilat2 lagi dgn berpayung kami keluar dari kereta masing2 melihat apa yg terjadi.  Alamak keretanya lampu kiri pecah, bumper pun retak juga...alahai memang kena lah aku kali ni.  Aku terus melihat kereta belakang ku, hai....pasal apa ok je....cantik je....bumper pun takda apa2 pun.  Walau macamanapun aku harus bertanggungjawab nasib baik pakcik ni baik orangnya kami buat temu janji keesokan harinya hari Sabtu utk settle kan masalah ini.

Dah settle perbincangan dgn pakcik petang jumaat tu aku patah balik ke shell tadi, pegi ke kaunter dan beritahu aku belum isi minyak setelah membuat bayaran di kaunter tadi.  Malangnya.....hah tak payah cerita lah.  Adik kat kaunter tu kata ramai customer macam tu bayar utk isi minyak tapi lupa isi minyak.  Tapi buatku ini pertama kali harap terakhir kali lah.

Ini gambar kereta pakcik yg ku langgar tu


Nasib baik Suzuki ku tak ada apa2


1 comment:

  1. biasa la tuh... memang selalu sondol menyondol ni hahah

    ReplyDelete

Nuffnangsb

Search This Blog