Wednesday, March 3, 2010

Akim @ Mini Konset Kau & Aku


Spt yg digazetkan akan mini konset 'Kau & Aku di TV astro, rupa2nya ia memberi sambutan yg  sangat menggalakkan apabila dilihat orang ramai membanjiri menghadap pentas kecil di grd flr Plaza Alam Central, Shah Alam seawal pagi pada sabtu lalu 27/2/2010.  Acara sebenarnya bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga pukul 6 ptg dgn berbagai-bagai aturcara yg telah disediakan oleh pihak Astro.  Suasana orang ramai seharian pada hari sabtu itu amat sesak tak kira ditingkat bawah di mana pentas 'Kau & Aku telah disetkan, di tingkat dua, tiga, empat & teratas tingkat 5 malah di  tangga bergerak pun kelihatan orangramai tetap berada di situ melihat mini konset 'Kau & Aku sedang berlangsung.
Sampai di sana dah pun pukul 12 tengahari, nasib baik sempat melihat persembahan pelakun2 utama 'Kau & Aku' spt Akim, Mila & Aril menyanyi beberapa buah lagu masing2 dari single mereka spt Bengang, Menatap Wajahmu, Menanti & lagu2 dlm siri 'Kau & Aku dan yg menarik sekali apabila Akim & Aril menyanyi lagu 'Juara' dari iklan Brands yg sering ditayang di TV dalam versi Chinese tu.

Konset berhenti rehat dlm pukul 1 ptg hingga 2 ptg & bermula kembali dgn sesi bersama Murai & ERA sehingga pukul 3 ptg barulah mini konset Kau & Aku bermula dgn kemunculan Farish & Zainal Alam sebagai pengacara membuka tirai diikuti persembahan sulung dari lebih ramai pelakun2 siri drama Kau & Aku spt Akim, Aril, Mila, Farish, Amar, Noni, Raja Farah, Anita, Chichi & Ika. Orang ramai dah mula nampak exited, mula kedengaran riuh dgn sorakan maklumlah kemunculan lebih ramai para pelakun ini lebih memeriahkan pentas.
 
Persembahan dari mereka bermula dgn satu persatu lagu yg dipersembahkan antaranya lagu tema Kau & Aku oleh Mila berduet dgn Akim, Bengang - Akim, Menanti & Jika Kau Ubah Fikiran - Mila, Lelaki Pujaan  - Mila bduet dgn Akim, Menatap Matamu - Aril, Kisah Kita Berdua - Akim, Mila & Aril & lain2.  Antara gambar2 nya inilah.......

Dah habis buat persembahan dlm lebih kurang pkl 5.30 ptg camtu bermula lah sesi bertemu peminat di mana kesemua pelakun2 Kau & Aku duduk sebaris di atas pentas utk memberi autograph kpd orang ramai.  Tandatangan diberi keutamaan kpd yg hanya membeli VCD Kau & Aku sahaja. Bersesak lah pulak orang berbaris panjang, antaranya ahli2 Gafimers yg datang & Ika pun tidak ketinggalan nak dapatkan autograp.
Ini adalah antara tandatangan dari pelakun2 Kau & Aku yg diturunkan pd VCD yg dibeli.
 Sebelum pulang sempat bergambar beramai-ramai dgn ahli-ahli Gafimmers yg datang.


No comments:

Post a Comment

Nuffnangsb

Search This Blog