Tuesday, March 16, 2010

Anding Indrawani @ Drama Muzikal bersiri - Hotel Mania

Baru sat tadi menonton drama muzikal siri baru 'Hotel Mania' episod ke3 di slot Lestary pukul 9 mlm sehingga berakhirnya pada 10 mlm.  Dah mengikuti siri ini dari episod pertama lagi yg mana siri ni bersiaran setiap malam Selasa di saluran TV3.  Yang menarik bagiku yg pasti akan mengikuti siri drama muzikal ini sehingga episod akhir adalah kerana pelakun utamanya adalah bekas pelajar AF2 Anding Indrawani yg memegang watak Adiwara & Anding bergandingan berlakun dgn Dafi AF5, Marsha AF3, Adam AF2, Bob AF2 dan yg lain2 lagi spt Zain Ruffedge, Sheila Mambo & Zaidi Omar serta beberapa orang pelakun baru spt Adeline Anthony.

Drama muzikal ini adalah terbitan dari KRU Production Sdn Bhd dengan pencetus ideanya oleh Norman Abdul Halim, di bawah arahan Nizam Zakaria....tentunya penuh dengan lagu2 menarik dendangan KRU sendiri suatu masa ketika dulu tetapi semua lagu2 dinyanyikan semula oleh pelakun2 siri Hotel Mania ini. Drama ini juga dijangkakan bakal menjadi hits malah satu fenomena baru akan berlaku kerana ianya adalah drama berbentuk musikal yg skrang ini menjadi perhatian penonton2 TV selepas kemunculan drama siri musikal 'Kau & Aku' di siaran Astro Ria.                                                                     

No comments:

Post a Comment

Nuffnangsb

Search This Blog