Tuesday, March 16, 2010

Stem '1 Malaysia Wajah Akim'

Minggu lepas agak terkejut juga apabila menerima sepucuk sampul envelop putih berstem '1 Malaysia Berwajah Akim' bercop Pusat Poslaju Johor Bahru. Sekembali dari ofis sampai je di rumah , Ika & Hafiz cepat2 beritahu ada surat dari Akim.  Haa...aku bertanya mana tahu surat dari Akim? Kata mereka ada stem gambar Akim di luar envelop tu.....tentu lah dari Akim.

Lalu cepat2 dibuka & apabila dibuka terdapat sekeping poskad bergambar Akim AF7 yg bertandatangan Akim sendiri.  Tak tahu & tertanya2 juga atas season apa poskad itu dikirim.....nak kata hari raya....dah lama lepas dah..... Tapi tak kasih lah yang utamanya kami rasa senang & sangat gembira menerima poskad dari Akim, sudi juga mengirim sesuatu kepada peminat oohh...... bukan-bukan.....dari penyokong....pernah kata Akim begitu kerana Akim lebih menghargai panggilan sebagai penyokong drpd perkataan peminat.  Terimakasih banyak ingin diucapkan kpd Akim juga ahli keluarganya & tidak ketinggalan kpd ahli-ahli gafimmers yg menjayakan tercetaknya stem pos 1 Malaysia bergambar Akim.

Nah......ingin sekali nak tepek poskad dari Akim kat sini lebih2 lagi nak share stem bergambar Akim tu dgn pembaca-pembaca blog di sini.  Rasanya stem tu tak ada dijual di mana2 pejabat pos pun tau.........

No comments:

Post a Comment

Nuffnangsb

Search This Blog