Thursday, July 30, 2009

Jalan-Jalan Cari Makan

Semalam pegi lunch bersama Kak Ani, Rita, Ira, Ita, Omar & Wang kat KFC Giant Stadium, Shah Alam. Saje je keluar lunch nak jalan-jalan kat luar sambil cari makan. Biasanya kami lunch kat kantin ofis je atau ada yg bawak bekal masing-masing, malas nak keluar hari-hari panas terik. Pergi 2 kereta... Omar, Ita & Kak Ani naik kretaku.

Kalau makan kat luar ni tergopoh-gopoh lah sikit takut tak cukup masa, tak boleh nak makan relax-relax. Sampai je kat Giant terus beratur kat KFC utk ambik order. Wang, Ira & Rita dah sampai dulu & Ira call kata dia oder kan tapi tak sempat Ira order kami yg lain dah sampai.

Agak 5 minit berbaris ambik order dah settle terus makan. Semua dah lapar nampaknya. Tangkap gambar sekejap lepas tu smua senyap diam-diam dan fokus kat ayam-ayam tu.








Sebenarnya ada niat dalam hati dah Wang ikut skali tu, tapi diorang tak tahu niatku nak celebrate dia. Wang baru dapat baby triplet boys. Tapi takpa lah diaorang tak tahu unless kalau diaorang baca blog ni lah. Tahniah Wang, dapat baby kembar 3 skali rap...



Lesson: Nak baby kembar tanya lah hero Wang ye..he..he..




Irah tak habis-habis gelak sambil makan dan Rita pulak tak habis-habis makanannya.

Hmm...gambar tak banyak ambik dah pulak tu gambarku & kak Ani tak menjadik. Takpe lah kak Ani lain kali kita pi keluar makan & tangkap gmbar lagi..

Monday, July 27, 2009

Al-Fatihah utk Arwah Yasmin Ahmad

SEDEKAH KAN AL-FATIHAH UTK ARWAH YASMIN AHMAD SEMOGA ROH NYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YG BERIMAN. AL-FATIHAH...

Wednesday, July 22, 2009

Gathering Gafimmers Bsama Akim @ Zoo Negara

AF7 kali ni mmg ku ikuti, dah lama sebenarnya tak ikuti AF paling sakan masa AF2 & AF3 dulu tu. Nampaknya AF7 kali ni satu fenomena musim AF kembali lagi di mana fenomena yg dibawa oleh pelajar berusia 18 tahun ni yg bernama Afiq Hakim, nama afundi Akim. Kali pertama lihat semasa paparan audition & tirai AF7 rasanya mcm suka pulak kat budak ni. Nampak ada bakat besar & keikhlasan jiwa seni dlm dirinya yg happy go lucky. Mmg besar perubahan transformasi yg dibawanya terutama dari segi bakat, creativity & imiginasi byk mnggunakan probe smasa persembahan.

Berbalik pd gathering ni yg berlalu 3 minggu lepas, lebih kurang pkl 9 pagi sampai kat zoo husband jumpa kawan sepejabatnya 1 family, kami pun join lah. Tapi hubby cuma anta je tak dapat nak join ada training bola pagi tu. Pagi tu selang beberapa minit sampai, program dimulakan dgn ucapan aluan, salam perkenalan & temubual mesra oleh crew gaffimmers dgn yg hadir. Diikuti ucapan oleh along Akim. Slepas tu kanak-kanak dipanggil utk menyertai peraduan melukis dgn mengikuti masa diberi. Anakku yg berumur 9 tahun tak ketinggalan, hobi nya tu lah melukis. Selepas tu semua yg hadir disuruh bangun buat barisan utk tarian poco-poco dgn lagu yg dipasang. Ramai yg tak berapa nak tahu tarian poco-poco ni tapi setelah diajar semuanya mcm happening pula. Seronok jugak nari reramai ni sambil memanaskan badan. Tapi tak dpt lah nak tangkap gambar sbb sedang menari kan.

Then, ada beberapa games dimainkan, semua kena involve. Game masukkan gelung oleh kumpulan masing2 sehingga melepasi penghujung, siapa sampai or habis dulu kumpulan tu lah pemenang. Ada ketika tu tngah main game membariskan apa saja benda2 yg menjadikan team terpanjang akan diumumkan pemenang, Akim pun sampai. Semua team terhenti bermain, memberi fokus pd Akim yg baru sampai. Semua jerit2 ajak Akim join kumpulan masing2. Akhirnya Akim join kumpulanku, kumpulan P.O.N.Y. sampai siap Akim membaringkan diri supaya team ni akan menang. Tapi malang nya Akim bangun cepat sngt tak jadi lah menang, yg menang team along Akim. Bengang Akim time tu ...hehe...macam lagu barunya 'Bengang'. Masa Akim sampai dah waktu tengahari, habis je game tadi smua berhenti utk lunch.

Slepas lunch, Akim mulakan memberi ucapan, agak panjang ucapan Akim yg dah disediakannya, syg Akim pd pminatnya. Akim merasmikan kelab Gaffimers & slepas tu upacara memotong kek. Akim sempat menghiburkan fans dgn menyanyikan bberapa buah lagu, mula2 nyanyi lagu Ayah & Ibu diikuti Merindu, Bencinta, Bengang, Selalu Mengalah dan lagu favorite lagu I'm Yours. Cabutan bertuah dibuat selang seli semasa Akim menyanyi & ayah Akim, ibu, saudara2 terdekat Akim malah ayah saudara Akim pun ada, klau tak silap Rahmat dari kumpulan Mega diberi penghormatan membuat cabutan bertuah.



Hmmm....sempat juga ku berkenalan dgn ibu Akim, tangkap gambar bsama sambil tu order kuih batang buruk tuk raya. Wondering lah, agaknya dapat ke tak kuih batang buruk tu nanti ye..hehehe...
Kalau nak ikut kan memang happening lah petang tu semua nampak gembira & puas hati dpt jumpa Akim, ialah bayangkan hampir sehari suntuk kat Zoo Negara bersama Akim kan. Main games, dengar Akim nyanyi live, nyanyi sama2 dgn Akim, tangkap2 gambar dgn Akim, mcm2 lah. Dapat hadiah cabutan bertuah & hadiah menang game oleh team masing2. Agak banyak jugak lah gambar yg kutangkap sepanjang gathering ni.























































































































































































































































































































Ramalan Gempa dan Tsunami ketika Gerhana Matahari 22 Julai 2009



22 Julai 2009, ye inilah tentang spekulasi akan berlakunya di Asia gempa bumi dan tsunami besar yang lebih kuat dari Disember 2004 hampir 5 tahun lalu sudah lama dibaca umum dan diketahui seluruh dunia. Ini ekoran selepas berlakunya gerhana matahari suatu fenomena terbesar yang merupakan peristiwa terpenting dan tidak akan berulang lagi dan jarang dapat dilihat seumur hidup.

Pada tarikh ini anggaran waktu 9 pagi waktu Malaysia tapi malah ada yg mengatakan akan berlakunya di antara 3 ptg hingga 7 ptg dikatakan berlakunya gerhana matahari paling lama di Asia selama lebih daripada enam minit. Fenomena gerhana matahari yang paling lama di abad ke 21 ini bermula dari Mumbai, India ke Shanghai, China dengan jarak laluan dianggarkan sehingga 258 kilometer. Fenomena ini berlaku kerana ketika ini bumi dan bulan berada di dalam satu garisan jajaran matahari. Suasana gelap akan meliputi beberapa kawasan selatan Bangladesh dan Nepal seterusnya ke kawasan besar China sehingga melepasai lautan di Shanghai. Seterusnya gerhana berlaku di selatan pulau Ryuku, Jepun di mana ia akan berada di sana dalam tempoh yang agak lama.

Ramalan ada juga mengatakan disebabkan gerhana matahari ini ianya bakal membawa 3 gempa bumi bawah laut yang akan berlaku sekitar Taiwan, Jepun dan Kepulauan Pasifik semasa gerhana matahari berlaku. Yang menjadikan kerisauan semua pihak kemungkinan gempa bumi bawah laut berisiko mengakibatkan tsunami yang sangat besar menyapu seluruh Asia merangkumi Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura, Maldives, Australia, Mauritius, Sri Lanka, India, Indonesia dan Fillipina. Memburukkan lagi keadaan tsunami yang berlaku berkemungkinan Malaysia terutamanya Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan terkena juga tempiasnya.

Berharap sangat lah pada sesiapa yang sempat membaca post saya ini dapat mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang bulan Julai ini. Kalau boleh elakkan lah daripada pergi berkelah di tepi pantai atau mengunjungi pulau-pulau peranginan, elak sebelum terkena.

Jadikan kejadian tsunami Disember 2004 sebagai pengajaran dan hikmah pada semua. Beri lah keutamaan kita mendengar berita terkini samada di akhbar-akhbar mahupun di berita-berita tv.






Nuffnangsb

Search This Blog