Wednesday, July 22, 2009

Gathering Gafimmers Bsama Akim @ Zoo Negara

AF7 kali ni mmg ku ikuti, dah lama sebenarnya tak ikuti AF paling sakan masa AF2 & AF3 dulu tu. Nampaknya AF7 kali ni satu fenomena musim AF kembali lagi di mana fenomena yg dibawa oleh pelajar berusia 18 tahun ni yg bernama Afiq Hakim, nama afundi Akim. Kali pertama lihat semasa paparan audition & tirai AF7 rasanya mcm suka pulak kat budak ni. Nampak ada bakat besar & keikhlasan jiwa seni dlm dirinya yg happy go lucky. Mmg besar perubahan transformasi yg dibawanya terutama dari segi bakat, creativity & imiginasi byk mnggunakan probe smasa persembahan.

Berbalik pd gathering ni yg berlalu 3 minggu lepas, lebih kurang pkl 9 pagi sampai kat zoo husband jumpa kawan sepejabatnya 1 family, kami pun join lah. Tapi hubby cuma anta je tak dapat nak join ada training bola pagi tu. Pagi tu selang beberapa minit sampai, program dimulakan dgn ucapan aluan, salam perkenalan & temubual mesra oleh crew gaffimmers dgn yg hadir. Diikuti ucapan oleh along Akim. Slepas tu kanak-kanak dipanggil utk menyertai peraduan melukis dgn mengikuti masa diberi. Anakku yg berumur 9 tahun tak ketinggalan, hobi nya tu lah melukis. Selepas tu semua yg hadir disuruh bangun buat barisan utk tarian poco-poco dgn lagu yg dipasang. Ramai yg tak berapa nak tahu tarian poco-poco ni tapi setelah diajar semuanya mcm happening pula. Seronok jugak nari reramai ni sambil memanaskan badan. Tapi tak dpt lah nak tangkap gambar sbb sedang menari kan.

Then, ada beberapa games dimainkan, semua kena involve. Game masukkan gelung oleh kumpulan masing2 sehingga melepasi penghujung, siapa sampai or habis dulu kumpulan tu lah pemenang. Ada ketika tu tngah main game membariskan apa saja benda2 yg menjadikan team terpanjang akan diumumkan pemenang, Akim pun sampai. Semua team terhenti bermain, memberi fokus pd Akim yg baru sampai. Semua jerit2 ajak Akim join kumpulan masing2. Akhirnya Akim join kumpulanku, kumpulan P.O.N.Y. sampai siap Akim membaringkan diri supaya team ni akan menang. Tapi malang nya Akim bangun cepat sngt tak jadi lah menang, yg menang team along Akim. Bengang Akim time tu ...hehe...macam lagu barunya 'Bengang'. Masa Akim sampai dah waktu tengahari, habis je game tadi smua berhenti utk lunch.

Slepas lunch, Akim mulakan memberi ucapan, agak panjang ucapan Akim yg dah disediakannya, syg Akim pd pminatnya. Akim merasmikan kelab Gaffimers & slepas tu upacara memotong kek. Akim sempat menghiburkan fans dgn menyanyikan bberapa buah lagu, mula2 nyanyi lagu Ayah & Ibu diikuti Merindu, Bencinta, Bengang, Selalu Mengalah dan lagu favorite lagu I'm Yours. Cabutan bertuah dibuat selang seli semasa Akim menyanyi & ayah Akim, ibu, saudara2 terdekat Akim malah ayah saudara Akim pun ada, klau tak silap Rahmat dari kumpulan Mega diberi penghormatan membuat cabutan bertuah.



Hmmm....sempat juga ku berkenalan dgn ibu Akim, tangkap gambar bsama sambil tu order kuih batang buruk tuk raya. Wondering lah, agaknya dapat ke tak kuih batang buruk tu nanti ye..hehehe...
Kalau nak ikut kan memang happening lah petang tu semua nampak gembira & puas hati dpt jumpa Akim, ialah bayangkan hampir sehari suntuk kat Zoo Negara bersama Akim kan. Main games, dengar Akim nyanyi live, nyanyi sama2 dgn Akim, tangkap2 gambar dgn Akim, mcm2 lah. Dapat hadiah cabutan bertuah & hadiah menang game oleh team masing2. Agak banyak jugak lah gambar yg kutangkap sepanjang gathering ni.























































































































































































































































































































No comments:

Post a Comment

Nuffnangsb

Search This Blog