Wednesday, July 22, 2009

Ramalan Gempa dan Tsunami ketika Gerhana Matahari 22 Julai 2009



22 Julai 2009, ye inilah tentang spekulasi akan berlakunya di Asia gempa bumi dan tsunami besar yang lebih kuat dari Disember 2004 hampir 5 tahun lalu sudah lama dibaca umum dan diketahui seluruh dunia. Ini ekoran selepas berlakunya gerhana matahari suatu fenomena terbesar yang merupakan peristiwa terpenting dan tidak akan berulang lagi dan jarang dapat dilihat seumur hidup.

Pada tarikh ini anggaran waktu 9 pagi waktu Malaysia tapi malah ada yg mengatakan akan berlakunya di antara 3 ptg hingga 7 ptg dikatakan berlakunya gerhana matahari paling lama di Asia selama lebih daripada enam minit. Fenomena gerhana matahari yang paling lama di abad ke 21 ini bermula dari Mumbai, India ke Shanghai, China dengan jarak laluan dianggarkan sehingga 258 kilometer. Fenomena ini berlaku kerana ketika ini bumi dan bulan berada di dalam satu garisan jajaran matahari. Suasana gelap akan meliputi beberapa kawasan selatan Bangladesh dan Nepal seterusnya ke kawasan besar China sehingga melepasai lautan di Shanghai. Seterusnya gerhana berlaku di selatan pulau Ryuku, Jepun di mana ia akan berada di sana dalam tempoh yang agak lama.

Ramalan ada juga mengatakan disebabkan gerhana matahari ini ianya bakal membawa 3 gempa bumi bawah laut yang akan berlaku sekitar Taiwan, Jepun dan Kepulauan Pasifik semasa gerhana matahari berlaku. Yang menjadikan kerisauan semua pihak kemungkinan gempa bumi bawah laut berisiko mengakibatkan tsunami yang sangat besar menyapu seluruh Asia merangkumi Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura, Maldives, Australia, Mauritius, Sri Lanka, India, Indonesia dan Fillipina. Memburukkan lagi keadaan tsunami yang berlaku berkemungkinan Malaysia terutamanya Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan terkena juga tempiasnya.

Berharap sangat lah pada sesiapa yang sempat membaca post saya ini dapat mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang bulan Julai ini. Kalau boleh elakkan lah daripada pergi berkelah di tepi pantai atau mengunjungi pulau-pulau peranginan, elak sebelum terkena.

Jadikan kejadian tsunami Disember 2004 sebagai pengajaran dan hikmah pada semua. Beri lah keutamaan kita mendengar berita terkini samada di akhbar-akhbar mahupun di berita-berita tv.






No comments:

Post a Comment

Nuffnangsb

Search This Blog