Tuesday, November 24, 2009

Tahniah Lagu Bengang ke Final AJL

Dah lama dengar lagu ni sejak di konset final AF7 dulu & selalu mendengar berkemundang di corong radio tapi baru skrg meneliti bait2 lirik lagu 'Bengang' ini.

Aku Bosan Dengan Cinta Mu
Aku Rasa Buang Masa
Kau Selalu Mendustakan Cintaku

Aku Fikir Kau Tak Searus
Lebih Baikku Beralih
Biarkan Diriku Terus Bersendiri

Ku Tak Sanggup Engkau Setia
Walau Jasad dan Juga Nyawa
Sebagai Tanda Cintamu Padaku

Kata Mu

Chorus
Tak Mungkin Ku Percaya
Kata-Kata Yang Penuh Dusta
Hanyalah Bibir Berkata
Yang Memilukan
Menambahkan Bengang Rasa Hampa
Terus Sinari Diriku Terasa

Cukup Berkali Kau Berkata
Jangan Diulang lagi Dusta
Jangan Kau Pujuk Hati Yang Terluka

Tak Mungkin Akan Ku Kembali
Jika Janji Sekadar Mimpi
Tak Mungkin Aku
Sanggup Bersama Dengan Mu

Tak Mungkin Ku Percaya
Kata-Kata Yang Penuh Dusta
Hanyalah Bibir Berkata
Yang Memilukan
Menambah Bengang Rasa Hampa
Terus Tinggal Diriku

Setiap Liku Diserang Pilu
Setiap Liku Teringat Janji Mu
Ooo Cara Mu.....
Akan Ku Teruskan Hidupku oh Tanpa Mu

ulang Chorus

hmmm... lirik yg menarik ....

Tahniah kpd penggubah & penulis lirik lagu ini, kpd SQ & Amir kerana lirik & melodi yg menarik & tahniah juga kpd Akim kerana menyanyikan dgn amat baik sekali.  Akhirnya dgn rasmi Akim dpt meneruskan melangkah ke final anugerah juara lagu muzik2 anjuran TV3 yg akan disiar langsung awal Feb tahun depan 2010.  Bagaimana pula bentuk persembahan Akim menyanyikan lagu Bengang di AJL anugerah juara lagu2 nanti ye?

Antara aksi2 Akim di konset final AF 7



Akim @ Semi final Muzik2 13/11/09 lalu

Thursday, November 19, 2009

Jamuan Akhir Tahun S.K. Hicom

 
Jamuan Akhir Tahun S.K. Hicom ni berlangsung Sabtu lalu di Holiday Inn, Glenmarie meraikan semua guru2 Sek. Keb. Hicom, Shah Alam yg terlibat dlm majlis Anugerah Pelajar Cemerlang sekolah tersebut.  Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang sbenarnya bermula sebelah paginya, dah selesai, kemudian sebelah tengahari pula semua2 cikgu2 terlibat dirayakan pula di majlis ini.



Sebenarnya aku menumpang je di majlis ni.  Adikku, cikgu Zaitun salah seorang guru di sekolah tu telah mengajak ku ikut serta menggantikan suaminya yg tak dpt hadir di saat akhir. Disebabkan Holiday Inn hampir dgn ofis ku di Glenmarie, mudah saja ku terima ajakan ni. Tapi terasa juga spt orang asing di sini nasib baik ada adikku & aku pulak pandai membawa diri bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembik masuk kandang lembu....eh betul ke pepatah ku ini? hehehe.... Apa tidaknya aku tak segan2 nak melayan diri utk makan satu persatu makanan ala buffet di situ...maklum le tngah lapar sangat, kan kah time lunch dah ketika tu?
                                                   
Tumpang sekaki


Adikku, Cikgu Zaitun

Sambil makan2 guru2 ada yg berkaraoke, wah ramai juga ye guru sekolah ni boleh menyanyi.


Adikku tak pun menyanyi, lagipun aku tahu adikku memang tak pandai menyanyi walaupun beliau mengajar muzik salah satu matapelajaran yg diajarnya.

Selain berkaraoke, majlis diselang seli dengan cabutan bertuah.  Adikku memang bertuah nampaknya di majlis ni sbbnya beliau mendapat cabutan bertuah top 3 iaitu menerima voucher makan malam utk 2 orang di Holiday Inn, Glenmarie.  Hmm... nampaknya tak juge lah miss suaminya ye makan di Holiday Inn ni...dpt jugak pergi nanti.... Tahniah lah cikgu Zaitun.


Monday, November 16, 2009

Akim @ Semi Final Muzik2 TV3

Jumaat ptg lalu dlm pukul 5.30 pm, Wawa dari gafimmers call menjemput ku menonton live muzik2 separuh akhir yg akan disiarkan live melalui saluran TV3 pkl 10 mlm di Plaza Alam Central, Shah Alam.  Masa tu masih di ofis, cadang nak balik lewat pkl 8 mlm tapi kalau nak pergi lihat siaran ni kena balik cepatlah.  Hmm tak nak lepaskan peluang lalu terus confirm nak pergi bsama 3 org.

Sampai Alam Central dlm 8.30 mlm, sampai sana Wawa & bbrapa org yg lain2 dah pun sampai. Berborak skejap sambil bkenalan, baru nak berkenalan...hehe..
                                  
Semakin lama semakin ramai ahli2 gafimmers yg sampai masing2 mengenalkan diri & nama terus duduk semeja di meja panjang yg ada di situ. Kira 1st time lah join diaorang ni gather2 gitu...



 
Gaffimmers ni really appreciate & tabik kat diorang, menyokong 100% kat Akim utk beraksi mlm tu di pentas semi final muzik2 anjuran TV3.  Akim tentunya membawa lagu solonya 'Bengang' lahir dari pertandingan konset akhir AF7 lalu.  Lihat2 lah, siap ada baner2 lagi....





Hampir pkl 10 mlm, kami pun berbaris masuk ke dalam dewan.  Ramainya org sampai berebut2 nak masuk. Sbelum siaran langsung ada seorang crew wanita yg bertugas buat warming up dulu, warming cara bersorak, etika bersorak hehe..prosedur2 & syarat2 smasa on air live. Antaranya matikan hp, no camera shoot smasa on air. Maklum term2s ini, so aku ambil peluang skjap ambil gambar sekitar pentas & dewan sebelum peserta2 memulakan persembahan nyanyian masing2.






Tapi selepas siaran langsung tamat, aku on balik hp & sempat pulak nak tangkap gambar perserta2 top 5 yg dipilih masuk ke final oleh pilihan juri2 ni yg naik ke pentas utk sesi photo shoot.  Antaranya top 5 tu Estrange, Stacy, Black, Akim & Nubhan.  Sayang pulak Aizat tak terpilih mungkin lagu tak sesuai kot.  Tapi yg pasti syukur Akim pilihan juri..







Ini gambar2 yg dapat ku tangkap, cuma dari sisi saja, tak brapa jelas, yg kelihatan perserta2 yg kefinal sedang diambil photo shoot oleh jurugambar2 khas & media2 hiburan & tempatan.  Kita tunggu sajalah gambar2 yg lebih baik dari mereka tak berapa lama lagi keluar lah di akhbar2 mahu pun di majalah hiburan.

Sebelum pulang, kami semua dijemput bergambar beramai2, Lara ke Rere yg menarikku mengajak supaya akupun turut bergambar sama.

Mengulas tontonan ku melihat Akim menyanyi secara live & sebagai penonton pd malam semi final lalu tak dinafikan memang suara Akim sangat baik & bertenaga membawa lagu Bengang tu. Pandangan ku lah boleh dikatakan kalau Stacy bekas pelajar AF wanita yg mempunyai suara yg bertenaga maka bagi pelajar AF lelaki pula tentunya Akim pilihan ku. Nyanyian dari suara yg bagus bagiku bukan saja lahir dari teknik2 yg baik, yg betul tapi adalah dari anugerah yg tidak dimiliki oleh semua orang sebenarnya.

Moga Akim dapat meneruskan hingga ke final hendaknya. Keputusan utk ke final akan dpt diketahui secara rasmi pd 20 Nov depan.

Di Glory Beach Resort PD



Belum lagi cuti sekolah dah nak bjalan2 alasannya dah habis periksa akhir tahun nak hilang stress konon.  So minggu lpas bawaklah, tempat pilihan tak jauh, hanya bermalam di Glory Beach Resort, Port Dickson. Tak ada apa aktiviti2 byk di sini hanya makan, tidur & mandi di swimming pool itu aja.  Tak dapat nak mandi di pantai sbbnya pantai tempat menginap di resort ni airnya tak brapa bersih.

Sampai di PD dah lewat malam, actually hubby check-in dulu sbbnya dah pergi ke sini pd petang Jumaat sbelumnya utk mengendalikan kursus motivasi.  Entah apa terfikirnya call mengajak ke PD, terpaksa lah patah balik ke Shah Alam mengambil kami.  Apalagi sampai dah malam, ambil angin sekejap, makan mlm lagi baru tidur.



Aktiviti2 esoknya tengok lah ni.......

Makan



Jalan2 tangkap gambar






Byk sikit biasa lah..






Mandi kat swimming pool







Lps tu makan lagi


Yang pasti minggu ni abis kulit merah di bakar matahari.

Monday, November 9, 2009

Masa Jerico's Jeans Live in Concert Dulu




Jericho's Jeans Live in Concert ni dah lama dah, 3 tahun lalu di Nilai Indoor Stadium Mar 2006. Tak pernah ku post kat mana2 webs pun.  Pergi ke sana pun atas ajakan kawan2 yg aktif dgn forum Echo-Tin gabungan Jericho Rosales & Kristine Hermosa. So temanku beli lah tiket utk bbrapa keping. Tahun tu Echo-Tin memang popular di Malaysia ialah setelah tayangan drama bersiri 'Sanay Wala Nang Wakas' ditayangkan setiap hari di astro Prima.  Sebagai mengikuti drama bersiri ini juga meminati pelakun couple dari Fillipina ini, maka tidakku lepaskan peluang pergi ke concert live tu nak melihat Jericho menyanyi live bersama bandnya bnama Jeans.  Masa Tin-Tin nama timangan Krisitne Hermosa dtg ke M'sia bsama suaminya Diather Campo, aku tak bersekempatan bertemu sbbnya mereka hanya dtg ke M'sia utk ditemuramah & diwawancara di samping mempromosi drama bersiri ptma mereka bdua.  Jericho, sbenarnya dia ni sbelum terkenal sebagai pelakun, adalah seorang anak muda remaja yg memenangi pertandingan nyanyian di Filipina dah beberapa tahun lama dulu. 

Jericho mmg bbakat dlm nyanyian, aku dah melihat live beliau menyanyi.  Banyak menggunakan  penghayatan dlm nyanyiannya.  Semasa concert di Nilai tu dulu, Echo menyanyi banyak lagu2 dari filem2nya & lagu drama bersiri Pangako Sayo menyanyi bduet dgn pnyanyi kita Ezlyn, SWNW, lagu2 English & tidak ketinggalan menyanyi lagu2 melayu Indonesia & Malaysia.  Salah satu lagu melayu yg dinyanyikan oleh Echo adalah lagu 'Gadis Melayu',  tahun tu pernah dinyanyikan oleh Mawi di konsert AF3 tapi yg sbenarnya lagu ini  penyanyi asalnya adalah Othman Hamzah, penyanyi dari jiran kita Singapura. Melihat & mendengar Echo menyanyi lagu Gadis Melayu, memang tak kedengaran sedikit pelat pun, dngar khabar beliau berlatih besungguh menghafal lirik lagu melayu ni.  Echo menyanyi dgn baik dgn sebutan yg betul & jelas.  Tak banyak gambar ku ambil time tu & paling rugi tak bawa video kamera pun, memang rugi sbbnya aku bersama teman2 duduk di barisan 2 paling hadapan bersama kumpulan artis2 M'sia..... Hah aku dah tahu siapa artis M'sia yg minat Echo ni juga...hehehe..!! Memang ramai...!!  Antara2 photo2 Echo menyanyi ni lah dia.....kecil sbbnya adalah ehsan dari teman2 yg menghantar melalui email kpd ku.






Tapi yg pasti dpt jugak merakam gambar dgn Jericho bsama teman2 & peminatnya yg lain.



Nuffnangsb

Search This Blog