Monday, November 16, 2009

Akim @ Semi Final Muzik2 TV3

Jumaat ptg lalu dlm pukul 5.30 pm, Wawa dari gafimmers call menjemput ku menonton live muzik2 separuh akhir yg akan disiarkan live melalui saluran TV3 pkl 10 mlm di Plaza Alam Central, Shah Alam.  Masa tu masih di ofis, cadang nak balik lewat pkl 8 mlm tapi kalau nak pergi lihat siaran ni kena balik cepatlah.  Hmm tak nak lepaskan peluang lalu terus confirm nak pergi bsama 3 org.

Sampai Alam Central dlm 8.30 mlm, sampai sana Wawa & bbrapa org yg lain2 dah pun sampai. Berborak skejap sambil bkenalan, baru nak berkenalan...hehe..
                                  
Semakin lama semakin ramai ahli2 gafimmers yg sampai masing2 mengenalkan diri & nama terus duduk semeja di meja panjang yg ada di situ. Kira 1st time lah join diaorang ni gather2 gitu...



 
Gaffimmers ni really appreciate & tabik kat diorang, menyokong 100% kat Akim utk beraksi mlm tu di pentas semi final muzik2 anjuran TV3.  Akim tentunya membawa lagu solonya 'Bengang' lahir dari pertandingan konset akhir AF7 lalu.  Lihat2 lah, siap ada baner2 lagi....





Hampir pkl 10 mlm, kami pun berbaris masuk ke dalam dewan.  Ramainya org sampai berebut2 nak masuk. Sbelum siaran langsung ada seorang crew wanita yg bertugas buat warming up dulu, warming cara bersorak, etika bersorak hehe..prosedur2 & syarat2 smasa on air live. Antaranya matikan hp, no camera shoot smasa on air. Maklum term2s ini, so aku ambil peluang skjap ambil gambar sekitar pentas & dewan sebelum peserta2 memulakan persembahan nyanyian masing2.






Tapi selepas siaran langsung tamat, aku on balik hp & sempat pulak nak tangkap gambar perserta2 top 5 yg dipilih masuk ke final oleh pilihan juri2 ni yg naik ke pentas utk sesi photo shoot.  Antaranya top 5 tu Estrange, Stacy, Black, Akim & Nubhan.  Sayang pulak Aizat tak terpilih mungkin lagu tak sesuai kot.  Tapi yg pasti syukur Akim pilihan juri..







Ini gambar2 yg dapat ku tangkap, cuma dari sisi saja, tak brapa jelas, yg kelihatan perserta2 yg kefinal sedang diambil photo shoot oleh jurugambar2 khas & media2 hiburan & tempatan.  Kita tunggu sajalah gambar2 yg lebih baik dari mereka tak berapa lama lagi keluar lah di akhbar2 mahu pun di majalah hiburan.

Sebelum pulang, kami semua dijemput bergambar beramai2, Lara ke Rere yg menarikku mengajak supaya akupun turut bergambar sama.

Mengulas tontonan ku melihat Akim menyanyi secara live & sebagai penonton pd malam semi final lalu tak dinafikan memang suara Akim sangat baik & bertenaga membawa lagu Bengang tu. Pandangan ku lah boleh dikatakan kalau Stacy bekas pelajar AF wanita yg mempunyai suara yg bertenaga maka bagi pelajar AF lelaki pula tentunya Akim pilihan ku. Nyanyian dari suara yg bagus bagiku bukan saja lahir dari teknik2 yg baik, yg betul tapi adalah dari anugerah yg tidak dimiliki oleh semua orang sebenarnya.

Moga Akim dapat meneruskan hingga ke final hendaknya. Keputusan utk ke final akan dpt diketahui secara rasmi pd 20 Nov depan.

No comments:

Post a Comment

Nuffnangsb

Search This Blog