Friday, October 23, 2009

Hari Pertunangan Adik

Ahad lalu adikku Fairuz bertunang, org Tampin, Melaka.  Aku pergi ikut rombongan ni bersama adik bradik lain & saudara mara.  Actually majlis ni sebenarnya bermula dgn majlis merisik, dah diterima terus bertunang.  Senang kan!  Itulah permintaan keluarga di pihak perempuan.  Aku, hubby & anak2 bermalam di rumah adikku angah di Senawang, Seremban. Tolong2 buat gubahan touch-up2 ala kadar, dlm 5 dulang.  Kata adikku Fairuz, nnti masa majlis perkahwinan dia nak buat hantaran gubahan yg cantik2 katanya.  Tak kisah lah Fairuz, janji bahagia.  Insyallah.

Pagi Ahad tu kami dlm 5 kereta berangkat dari rumah adikku angah di Senawang dlm pukul 12 tghari.  Sebelum berangkat aku ambil beberapa gambar hantaran.

Gambar2 hantaran: Tepak sirih, kain satin utk nikah nanti, telekung, sebentuk cincin belah rotan utk merisik & sebentuk cincin permata sbagai tali pengikat pertunangan serta kek lapis prune & kropok marcher.






Ni lah adikku Fairuz, bergambar dgn hantaran2 dulangnya.  Nama sebenarnya Mohd Sobhahul Fairuz. 
                               

Ni bergambar bersama adik perempuan ku dan emak.


Kami sampai Tampin dalam pkul 1.45 ptg terus pergi ke masjid berhampiran utk solat zohor terlebih dahulu. Nak ke rumah pihak perempuan hanya 10 minit saja.  Di sana ramai dah menunggu majlis bermula.




Ni suasana semasa majlis, ketika sedang bertanya & merisik.


Merisik cincin ke? hehehe..


Alhamdullillah peminangan diterima terus emak bersalam dgn bakal menantu & menerima salam hormat.


Lepas tu apa lagi disarung dengan cincin pertunangan lah.


Lalu dicium dahi tanda kasih bermula hehehe...


Ini lah bakal adik ipar ku nanti ......


Dah habis majlis merisik & bertunang majlis makan lah pulak...



Bersama adik


Bergambar bersama hantaran dari pihak perempuan


Tempuh pertunangan perjanjian dicapai bersama adalah selama setahun, mungkin boleh dipercepatkan dan boleh juga terlewat mengikut keadaan & sepakat bersama.  Yg lain2.... rahsia hehehehe....!!

No comments:

Post a Comment

Nuffnangsb

Search This Blog