Saturday, October 20, 2012

7 Hari / 6 Malam di Beijing bersama Poto Travel

Setelah menjelajahi Taj Mahal di India pada Ogos 2011 utk pertama kali lawatan ku ke salah satu 'Tujuh Keajaiban Dunia', pada tahun ini bertarikh 12hb Oktober sehingga 18hb Oktober 2012 aku berpeluang sekali lagi melancung lagi ke salah satu 'Tujuh Keajaiban Dunia' atau juga dikenali 'The Seventh of Wonder World' iaitu ke Tembok Besar Negeri China di Beijing. Kali ini aku berpeluang melancung ke Beijing bersama 4 orang teman sepejabatku masing2 membawa salah seorang ahli keluarga & aku membawa  anakku Hafiz menyertai 18 orang perserta lain dari pelbagai negeri menjadi kan kesemuanya seramai 25 orang.  Semuanya kami yg tidak mengenali antara sama lain bersama melancung ke Beijing dgn lawatan utamanya adalah melawat Tembok Besar Negeri China menerusi agensi pelancungan POTO Travel diketuai oleh Puan Fauziah salah seorang kakitangan agensi ini sebagai ketua rombongan.  Lawatan yg dikenali sebagai Lawatan ke Beijing Johor FM adalah lawatan Muslim Package menaiki pesawat Cathay Pasific dari KLIA dengan transit ke Hong Kong seterusnya baru ke Beijing. Begitu juga kembalinya dari Beijing melalui transit ke Hong Kong kemudian ke KLIA.

       Gambar2 bermula di pelepasan antarabangsa KLIA sebelum berlepas ke Hong Kong.                                                        
Menaiki pesawat Cathay Pacific

Di skrin di tempat duduk pesawat 
Di dalam pesawat menikmati makanan halal yg disediakan
Berlepas dari KLIA menaiki pesawat Cathay Pacific pada pukul 1.30 ptg & penerbangan ke Hong Kong mengambil masa lebih kurang 3 1/2 jam, tiba pada pukul 5.20 ptg.  Agak lama menunggu di Hong Kong International airport sbbnya flight ke Beijing pada pukul 7.00 ptg & penerbangan ke Beijing juga adalah sama dlm 3 1/2 jam, tiba 10.30 mlm.  Waktu Malaysia & Beijing adalah sama tiada perbezaan, 3 ptg waktu M'sia 3 ptg waktu Beijing namun 6 ptg waktu Malaysia 6.00 mlm waktu Beijing kerana di Beijing mengalami waktu malam yg lebih panjang. Di M'sia pd pukul 6.00 ptg kita masih mengalami petang yg cerah tetapi di Beijing sudah pun gelap & malamnya spt keadaan pada pukul 8 mlm di M'sia. Pada pukul 6.30 subuh pula di Beijing, mentari sudah mula menyinar.  Waktu solat juga berbeza di Beijing di mana di sana lebih awal satu jam lebih pd setiap waktu solatnya. 

Rombongan ku tiba di Beijing International Airport pada pukul 10.30 mlm disambut dgn mesra & ramah dgn coleteh 'bahasa Melayu Indon' oleh pemandu pelancong tempatan Beijing dikenali sebagai Ms Bi. Wah rasa mcm tak percaya kata Hafiz dah sampai di Beijing yg selama ini asyik menghitung hari, teruja dgn research nya di internet mencari keadaan menempuh cuaca yg dijangka di Beijing & persiapan2 yg dirancang. Apatah lagi apabila keluar  meninggalkan airport betapa kesejukan malam Beijing mencerut hingga ke tulang, nasib baiklah kami semua sudah bersedia dgn berpakaian tebal seperti penduduk2 Beijing yg lain ketika itu. Apa yg pasti bayangan hidangan & penginapan yg bakal kami hadapi lebih menggamit sesampai saja di kota Beijing dari bagaimana hari esok memulakan lawatan2 seterusnya kerana masing2 sudah kelaparan & keletihan.   

Rombongan kami semua menginap di sebuah hotel 4 bintang di Beijing bernama Mingri Wuzhou Hotel....Hmmm...agak lewat juga kami tidur malam itu kerana pengurusan chek-in hotel, pengemasan beg masing2 & setelah menyegarkan badan dgn mandi air panas terus kami tidur kerana keesokan hari seawal2 pagi lawatan kami akan bermula...Masa ni memang rasa tak sabar.....  

    Pemandangan di siang hari sekitar Mingri Wuzhou Hotel, Beijing



......Post selanjut nya adalah tentang hari pertama kami di Beijing, melawat Tiananmen Square & Forbidden City, Kota Larangan Istana lama semasa Dinasti Ming yg luas itu....sehari suntuk kami di sini mengelilingi dgn hanya berjalan kaki merentasi keluasan dataran & istana. 

No comments:

Post a Comment

Nuffnangsb

Search This Blog