Tuesday, December 8, 2009

Proton FC Soccer Kid 2009/2010

 
Pd 22 Nov 09 lalu Klinik bolasepak  PROTON FC "Soccer Kid 2009/2010" telah dilancarkan dgn usahasama Kelab Bolasepak PROTON FC dan Kelab PROTON di padang bolasepak PROTON Shah Alam. Majlis ni disempurnakan oleh Pengurus Sumber Manusia & Pentadbiran PROTON. Hampir 150  peserta yg terdiri  drp anak2 kakitangan kumpulan PROTON Holdings Bhd menyertai klinik bolasepak ni.

Klinik bolasepak ni dikendalikan oleh En. Kamarulzaman Taib, bekas pemain PROTON FC serta dibantu oleh kakitangan  PROTON serta pemain2  Liga Premier PROTON FC.  Peserta kanak2 ini dibahagikan kpd kategori umur 8 tahun, 10, 12 dan 15 tahun diajar  teknik2 bermain bolasepak dgn baik & betul.  Semua perserta kanak2 ni mendapat  satu set jersi utk latihan siap dgn tshirt, seluar, stokin panjang & kasut bola.  Aduhh..bestnya kan.. Yg best lagi, pd 22 Nov 09 tu, 3 orang bintang bolasepak  Selangor iaitu Safee Sali, Rudie Zamli & Zaiza Zainal Abidin dijemput  hadir utk memberi nasihat serta  menceritakan pengalaman mereka menjadi  pemain yg berjaya.

Sesi latihan yg pertama telah dilakukan pd hari yg sama semasa pelancaran iaitu pd 22 Nov lalu diikuti pd setiap sabtu atau ahad dan kadangkala pd hari waktu bekerja biasa mengikut jadual yg telah disediakan.  Lihatlah betapa gigih & bersemangatnya  peserta kanak2 ini menjalani latihan mereka pd hari selepas pelancaran tu.



Anak2ku telah mengambil penyertaan dlm klinik bolasepak tahun 2009/2010 dibawah 10 tahun bagi Hafiz & bagi Haziq bawah 15 tahun. Ini antara gambar2 mereka menjalani latihan pd Nov lalu.


Bersama perserta2 bawah 10 tahun
 
Bersama peserta2 bawah 15 tahun

Haziq & Hafiz


Semua peserta kanak2 ini telah diberi sijil penyertaan






No comments:

Post a Comment

Nuffnangsb

Search This Blog