Ramaikah yg mengenali adik Nik Nur Madihah ini yg pernah tersiar namanya di akhbar-akhbar beberapa bulan lalu tentang kecermelangannya dalam keputusan SPM 2008? Rasanya ramai yg kenal dan tahu alkisah adik Nik Nur Madihah yang berasal dari Kelantan mendapat kejayaan cemerlang dalam keputusan peperiksaan SPM 2008 dgn mendapat 20A. Bukan senang tau nak dapat 20A ni dalam peperiksaan sebegitu, akademik dan ugama memang susah. Itulah, agak tak sangka juga nak berjumpa dgn adik Nik Nur Madihah yg datang dari jauh nun dari Kelantan dtg ke Shah Alam, dengar speechnya tentang rahsia kejayaan cemerlang. Dari jauh dia datang dgn agak sukar tapi dgn kerjasama dan anjuran pihak Proton Nasional Berhad (Proton) dan AJK Masjid Al-Munawarah, Taman Bunga Negara Shah Alam, dapatlah ramai yg datang bukan sahaja warga Shah Alam malah khabarnya orang ramai luar dari Selangor pun membanjiri masjid ini. Alhamdullilah, terima kasih proton & AJK masjid menganjur 'Program Pintar Forum Bersama Nik Nur Madihah!Kisah-kisah suka duka, kejayaan, petua-petua mengulangkaji dari adik Nik Nur Madihah telah dibukukan oleh beberapa pihak penerbitan buku dan telah diedar dan dijual kepada orang ramai. Hasil kutipan inilah insyallah mereka merancang dapat menampung perbelanjaan bagi adik Nik Nur Madihah meneruskan pelajarannya ke Jordan yang akan bertolak September ini. Tahniah dik!
Lihatlah betapa tekun dan gembiranya ayah adik Nik Nur Madihah menjual buku-buku dan CD di kaunter yang telah disediakan untuknya. Siapku ambil gambar-gambarnya.
Lihatlah betapa tekun dan gembiranya ayah adik Nik Nur Madihah menjual buku-buku dan CD di kaunter yang telah disediakan untuknya. Siapku ambil gambar-gambarnya.
Ramailah pulak yang mahu mendapatkan tandatangan adik Nik Nur Madihah ni termasuklah anak-anakku. Dan aku sendiri telah membeli dua buah buku dan dua CD tentang 'Rahsia Kejayaan Nik Nur Madihah' ini.
assalamualaikum...lama dah saya mencari cd ni...sekiranya akak tidak keberatan izinkan saya membelinya dr akak...
ReplyDeleteboleh sy vcd nie dr akak?
ReplyDelete