Tuesday, August 18, 2009

Summerset Resort Rompin - Day 1

Kali ni kenalah menulis panjang lebar sikit, ikut day by day nampak gayanya psal agak pnjang nak diceritakannya gitu, ialah spt tahun2 lepas company trip pasti 3 hari 2 mlm. Trip2 tahun2 lpas dah ke Langkawi naik flight, bot, bus mmg adventures, tahun berikutnya pegi snookling, menyelam & melawat pulau2 kat Pulau Redang & sblumnya pegi ke Thailand tapi tahun ni trip agak menyeramkan.....jungle tracking btema 'Jgn Pandang Belakang'!!!!

Hari Jumaat lalu 14/8/09 CEO kami beri plepasan waktu kerja smpai pkul 3 ptg je, sbab company trip anjuran sport club tahun ni ke Summerset Resort, Rompin, Pahang. Dari pagi boleh dkatakan ssiapa yg pergi trip ni smua dah takda mood bkerja dah, masing2 crita pasal Rompin memanjang. Ada yg terkejar2 nak habiskan keja maklumlah keja mesti siap jgak kalau tak naya bos tanya susah nak jawab kalau deadline tlepas. Kejaku bnyak mengejar deadline ooo..

Lebih kurang pkul 3.30 ptg 2 bas dah smpai, tapi kena mnunggu 1 bas lagi. Akhirnya hampir pkul 4 ptg, lebih kurang pkl 3.50 ptg gitu baru lah kami btolak. Staff yg pegi lbih kurang lebih 100 orang dgn menaiki 3 buah bas persiaran. Ptg tu hujan rintik2, takut jgak rasanya lagi2 stelah masuk tol Senawang kena tempuh jalan yg berliku-liku..ngeri nengok. Tapi member2 ofis yg satu bas terutamanya yg lelaki tak kisah pun, mereka smua menyanyi karaoke bramai2 dlm bas sepanjang perjalanan. Kbanyakan lagu2 60an lah yg dnyanyikan, staf yg ada bakat mnyanyi ghupa2nya ramai sebas dgnku si Razak lah, Halim lah, Hadi lah, Mithal lah, Ruhil lah, Suzie lah, Ira lah & ramai lagi lah ....
Setelah pejalanan dari Glenmarie, Shah Alam hampir 5 jam, sbelum sampai Summerset Resort kami berhenti makan malam di gerai2 tepi2 jalan tu. Adalah lebih kurang dlm 1 jam kami berenti makan.

Sbelum sampai resort hampir pkl 10.00 mlm hari tu, committee sport club mengumumkan dlm bus smua org stelah register bhampiran lobi, check-in, masukkan brg2 dlm bilik, kmudian smua dikehendaki keluar turun berkumpul di lobi resort utk mengadakan 1st aktiviti mlm tu iaitu aktiviti jungle tracking 'Jangan Pandang Belakang'!! Smua dikehendaki memakai tshit or baju putih, seluar jeans & berkasut sukan. Sesiapa yg tak menyertai haaaa....siaplah dikenakan denda. Ramailah yg mula keluh kesah, gelisah ialah nak masuk hutan pkl 10 mlm lebih kan, dgn hanya 5 org 1 kumpulan tanpa torchlight, mancis api atau apa saja yg pasti redah hutan dlm gelap. Masa bas kami lalu kwsn tu dah trdengar dah jerit pekik dari kumpulan lain dari company lain yg lebih awal sampai dulu drp kami. Hmm...seram...seramm......tapi aku dah memaklumkan pd committee Zarina yg aku tak dpt menyertai aktiviti ni al-maklum aku keuzuran takut terkejut2 sapa yg nak tengok2 kan aku jika aku akan pengsan nanti....hehehe.. Gambar2 di bawah ni menggambarkan suasana kami sampai di resort malam tu..





Lebih kurang 1/2 jam kmudian, kumpulan2 Jungle Trackers pun kembali ke lobi, masing2 menceritakan pengalaman yg tak akan dilupakan kata mereka. Aku pun sukalah btanya dgn beberapa org kawanku apakah pengalaman mereka. Mereka kata mmg takut smpai bpeluh2 menitik, bdebar2 seram sejuk tapi mnyeronokkan. Dlm keadaan gelap kumpulan 5 org ni bjalan meraba2 dlm gelap, ada yg bpegangan tangan, pegang lengan kwn, pegang baju kwn, ada yg kena raba2, ada yg nampak bayang2 bgerak di atas kepala, ada yg nampak bayang2 putih bdiri tercegat kat pokok mcm2 lah yg menggelikan hati bila mndengarnya. Ada yg mendengar bunyi2an, suara org menjerit...ini suara dari salah seorang kumpulan yg ketakutan, suara ayam.... TAPI yg sbenarnya adalah suara2 atau gerakan2 yg muncul & kdengaran tu adalah dari crew2 btugas.

Apa2 pun mlm itu aku balik ke bilik ku bilik bernombor 159 dgn senyuman geli hati mendengar cerita kwn2. Nengok katil di depanku kemas tersusun apa lagi mata yg dah mengantuk, badan yg dah kepenatan terus bergegas mandi air panas, solat isyak, baring2 atas katil tu sambil tengok tv skjap last2 terlelap juga akhirnya dibuai mimpi....

Nasib baik bangun subuh esoknya sedar2 taklah bmimpi seram2 ke ngeri2.....hehehe...


Bersambung crita ke day 2........
Nota: Ehsan gambar dari Zana & Joseph








































































































No comments:

Post a Comment

Nuffnangsb

Search This Blog