Thursday, November 19, 2009

Jamuan Akhir Tahun S.K. Hicom

 
Jamuan Akhir Tahun S.K. Hicom ni berlangsung Sabtu lalu di Holiday Inn, Glenmarie meraikan semua guru2 Sek. Keb. Hicom, Shah Alam yg terlibat dlm majlis Anugerah Pelajar Cemerlang sekolah tersebut.  Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang sbenarnya bermula sebelah paginya, dah selesai, kemudian sebelah tengahari pula semua2 cikgu2 terlibat dirayakan pula di majlis ini.



Sebenarnya aku menumpang je di majlis ni.  Adikku, cikgu Zaitun salah seorang guru di sekolah tu telah mengajak ku ikut serta menggantikan suaminya yg tak dpt hadir di saat akhir. Disebabkan Holiday Inn hampir dgn ofis ku di Glenmarie, mudah saja ku terima ajakan ni. Tapi terasa juga spt orang asing di sini nasib baik ada adikku & aku pulak pandai membawa diri bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembik masuk kandang lembu....eh betul ke pepatah ku ini? hehehe.... Apa tidaknya aku tak segan2 nak melayan diri utk makan satu persatu makanan ala buffet di situ...maklum le tngah lapar sangat, kan kah time lunch dah ketika tu?
                                                   
Tumpang sekaki


Adikku, Cikgu Zaitun

Sambil makan2 guru2 ada yg berkaraoke, wah ramai juga ye guru sekolah ni boleh menyanyi.


Adikku tak pun menyanyi, lagipun aku tahu adikku memang tak pandai menyanyi walaupun beliau mengajar muzik salah satu matapelajaran yg diajarnya.

Selain berkaraoke, majlis diselang seli dengan cabutan bertuah.  Adikku memang bertuah nampaknya di majlis ni sbbnya beliau mendapat cabutan bertuah top 3 iaitu menerima voucher makan malam utk 2 orang di Holiday Inn, Glenmarie.  Hmm... nampaknya tak juge lah miss suaminya ye makan di Holiday Inn ni...dpt jugak pergi nanti.... Tahniah lah cikgu Zaitun.


1 comment:

  1. Tahniah dan syabas kepada semua cikgu2. Sporting giler cikgu......

    ReplyDelete

Nuffnangsb

Search This Blog