Tuesday, September 8, 2009

Berbuka Puasa Bersama Anding

Inilah rutin tahunan kami sejak dari tahun 2004 lagi setelah mengenali Anding Indrawani berasal dari Kuching, Sarawak yg lebih dikenali sebagai Anding AF2, setiap tahun pasti berbuka puasa bersama, tak awal puasa tak pun hampir nak raya. Tahun ni kira hampir2 pertengahan puasa lah kami, lebih dikenali AFTCian berbuka puasa bersama2 Anding di Corus Hotel, Jln Ampang pd sabtu 5 Sept lalu. Gambar2 di bawah ni diambil ketika berbuka puasa bersama Anding AF2 & teman2 AFTC yg sempat hadir pada kali ini. Ramai yg tak dapat hadir sebenarnya maklumlah cuti public holiday Nuzul Quran, masing2 ada commitment yg lain.


Yg menariknya, peminat Anding yg sorang ni bnama Susan (sebelah kiri ku) setiap tahun pasti join kami berbuka puasa. Cayalah Susan.


Anding dulunya smasa zaman AF2 rambutnya terkenal dgn fesyen rambut tercacak korean look.

Di awal pertemuan selepas AF2 kami AFTCian berbuka puasa di rumah Aida salah seorang AJK AFTC ketika itu. Selepas tu setiap tahun Ramadhan menjelma pasti kami akan berbuka puasa bersama2. Itulah fantanstiknya AFTC nama singkatan 'Anding Fanstastic Club'. Itu dulu tapi kini kami lebih mesra boleh lah dikatakan family AFTC. Begitulah teguhnya perhubungan kami sebagai peminat Anding bekas pelajar AF2 masih terus setiap tahun berhubungan, berkomunikasi, membuat gathering perjumpaan yg pasti diadakan setiap tahun tak kira semasa menyambut birthday Anding, kadangkala birthday kalangan peminat, perjumpaan berbuka puasa mahupun perjumpaan hari raya puasa. 5 tahun AF2 berlalu namun itulah hakikatnya masih kekal dan insyallah akan kekal selamanya.

Antara perjumpaan berbuka puasa di tahun2 lalu.... 2 keping gambar terawal di bawah ni adalah perjumpaan sulung kami pada tahun 2004 di rumah AJK, Setiausaha kelab AFTC.


Berbuka puasa tahun2 berikutnya.


Setelah berbuka puasa kawan2 AFTC mmbuat kejutan menyambut bday ku bersama Rose, begitulah setiap tahun kami berdua mnyambut bday d bulan yg sama. Iqram Dinzly tukang tiup lilin time ni.


Ada lagi sebenarnya, kena cari copy nampaknya.....





No comments:

Post a Comment

Nuffnangsb

Search This Blog