Monday, September 28, 2009

Raya Pertama & Kedua di JB

Tahun ni aku beraya di JB terlebih dahulu rumah mertua. Bertolak mlm Jumaat hari sebelum raya hari Ahad tu, btolak dlm pkl 10 mlm, singgah kat Senawang shopping last minute kat kedai pakaian adikku smpai pkl hampir 2 pagi. Pukul 2 pagi lebih baru bertolak dari Senawang, nasib baik aku tak mengantuk, tapi hubby sempat lena dlm kreta sejam dua sambil aku shopping skjap. Singgah kat kwsn rehat Tangkak makan2, sahur lah namanya tu sbb tak sempat sahur pun kat JB, smpai dah pukul 5.55 a.m pun.

Berhari raya kat JB, mcm biasalah spt org lain pagi2 raya sibuk menyiapkan mknan. Dlm pukul 9 pagi semua pergi sembahyang raya kat masjid berhampiran. Balik dari sembahyang raya spt stiap tahun acara bermaaf2an sesama keluarga, suami, ibu mertua, ipar2, anak masing2 sambil berposing2 gambar...... Tak banyak gambar ditangkap kali ini.

Selepas tu tak dapat pergi ke mana2 kerana jiran2, sanak saudara terdekat dah mula mengunjungi ibu mertuaku. Sibuk lah kami melayan sanak saudara yg dtg sampai lah ke tengahari slepas zohor barulah kami dpt balik ke Pontian kg mak mertua jumpa adik2 & sanak saudaranya.

Kunjung mengunjung diteruskan pd hari raya ke2 mengunjungi sepupu2 suamiku di sekitar Johor Baharu.


No comments:

Post a Comment

Nuffnangsb

Search This Blog