Pada ptg Ahad yg lalu keadaan di taman perumahan tmpat tinggalku agak sibuk dgn kenderaan & orang ramai, suasana ini dilihat di awal sekitar jam 5 petang lagi. Sepasukan polis, MBSA telah mula berkumpul di situ sehingga ke kawasan perkarangan masjid Al-Munawarah sek 27, Shah Alam. Ini disebabkan kerana Duli Yang Teramat Mulia Sultan Selangor telah berkenan utk mengadakan majlis berbuka puasa bersama rakyat selangor serta utk menyampai sumbangan hari raya kpd anak-anak yatim, fakir miskin dan saudara2 baru Islam sempena menyambut Nuzul Al-Quran tahun ini. Lebih kurang dlm pukul 6.30 ptg Yang Amat Mulia Sultan tiba di perkarangan masjid diiringi pasukan pengawal keselamatan.
Oh ye sebenarnya, majlis berbuka puasa itu bukan saja bersama DYM Sultan Selangor malah ikut serta adalah Menteri Besar Selangor Dato Khalid Ibrahim serta beberapa pembesar2 politik & adun2 negeri Selangor. Sempat juga ku mengambil gambar mereka sedang menjamu selera walaupun dari jauh. Gambar ini diambil ketika mereka menjamu minuman ringan setelah selesai sembahyang terawih 20 rakaat.
No comments:
Post a Comment