Friday, September 11, 2009

Bila Api Menjadi Lawan

'Jangan Hendak Bermain Api Jika Tidak Mahu Membakar Diri'

Ini kata2 yg sering kita dengar umpamakan satu nasihat kpd org yg asyik masyuk bcinta yg memberi maksud bersedia lah menghadapi risiko yg bakal ditanggung atau sbagainya.
Bagaimana kata2 yg begini?
'Bila Api Menjadi Lawan'
Inilah jawapannya, gambar2 di bawah ini boleh menjelaskan apa itu 'Bila Api Menjadi Lawan'

Ianya hanya berpunca dari sejenis boleh lah dikatakan permainan bermusim terutamanya pada kalangan kanak2 selalunya di musim2 perayaan. Permainan ini dibekalkan dgn berbagai bentuk samada dari segi percikan, bungkusan, bunyian dan cara ianya dipermainkan. Mercun atau bunga api ini lah yg dimaksudkan permainan bermusim, memang menarik memang cantik dan memang menyeronokkan. Tapi apabila malang tidak berbau keadaan sbegini takda siapa pun mahu berlaku.
Pada selasa yg lepas minggu ini, suasana bekerja di ofisku dikejutkan oleh berita yg tidak diingini oleh semua orang. Jeritan kecil dari salah seorang teman sepejabat spt 'Panggillah Bomba' benar2 mengejutkan seluruh kakitangan di ground flr. Masing2 terhenti membuat kerja, tertanya2 apa yg terjadi kerana teman sepejabatku ini masih kelihatan menjawab panggilan talipon dgn keadaan keluh kesah dan spt hampir menangis. Ia, sbenarnya dia baru mndapat panggilan talipon dari jiran tetangga yg memberitau rumahnya sedang dijilat api sedang terbakar. Aku yg sedang lalu di hadapannya pun terberhenti berjalan turut rasa menggigil berdebar2 dan apabila mengetahui keadaan sebenarnya aku sendiri cepat2 membuat panggilan ke rumah menalipon kedua2 hp anak2 ku hanya utk bertanya khabar dan menyuruh berwaspada.
Rumah kawan sepejabatku sedang terbakar, kami pun agak kelam kabut juga, menyuruhnya lekas pulang ke rumah. Nasib baik tiada org di rumah namun dua org anak2nya baru saja meninggalkan rumah utk ke sekolah ugama. Ketika kejadian berlaku dlm pukul 2.30 ptg. Dikatakan sebelum keluar ke sekolah ugama kanak2 ini bersama anak2 jiran bermain bunga api di dalam rumah. Mungkin itu lah puncanya ia berlaku sebagaimana gambar2 di bawah.
Aku bersama teman2 sepejabat yg lain pergi melawat rumah mangsa keesokan harinya. Memang terasa simpati lagi2 dlm keadaan menjelang hari raya puasa, hanya tinggal lebih seminggu saje nak menyambut raya. Lagi2 temanku ini dah mula membuat persiapan hari raya.
Beginilah suasana di dalam rumah setelah kebakaran berlaku penuh dgn barang2 yg hanya tinggal rangka, hangus, mencair, dinding2 rumah menjadi hitam sehingga ke dapur dan bilik2 tidur. Mujur lah hanya ruang tamu terbakar tidak sampai seluruh rumah, ini kerana berkat kerjasama, susah payah hasil tenaga jiran2 tetangga, heroin2 yg terdiri suri2 rumah dpt memecah sliding door dan masuk ke ruang tamu memadamkan api yg sedang menjulang naik sehingga ke siling rumah...aduhaiii...
Ini lah punca kebakaran di mana sofa di ruang tamu mula dijilat api.



Teman2 sepejabat yg pergi melawat.

Alhamdullillah dgn kedatangan kami, celoteh kami, becok2 kami, keriangan & keceriaan sudah kelihatan di wajah teman kami ini.

Pandangan rumah dari luar













No comments:

Post a Comment

Nuffnangsb

Search This Blog