Thursday, September 3, 2009

Ramadhan di Kota Permai

Alhamdulillah Ramadhan kembali lagi dan masih dapat mengerjakan kewajiban berpuasa kali ini. Di awal 1 Ramadhan aku berbuka puasa bersama2 suami, anak2, ibu tersayang & adik beradik yg lain. Kami dah plan dari awal nak berbuka puasa bersama2 so kali ini acara berbuka puasa diadakan di rumah adikku yg no. 2 di Senawang, Seremban. Rancangan awalnya kami ingin mengadakan membaca tahlil & doa selamat utk arwah abah tetapi ada yg tak sampai lagi kami tunda selepas balik dari sembahyang terawih. Tapi entah kenapa lah aku tak pun mengambil gambar2 semasa berbuka puasa & membaca tahlil time tu. Kami juga mengadakan solat hajat utk menghindarkan kami sekeluarga dari sebarang malapetaka terutamanya dengan wabak H1N1 yg melanda negara kini.

Tapi yg nak dicorat-coret di sini adalah tentang berbuka puasa keluargaku anak beranak sahaja pada cuti 31 Ogos lalu.

Sejak dari hari Sabtu, Ahad & Isnin suamiku & anak lelakiku sibuk mengecat rumah 3 hari berturut-turut. Sudah lama tak mengecat rumah kali terakhir semasa baru pindah rumah baru lebih sepuluh tahun lalu. Entah macamana terlintas hati suamiku nak mengecat rumah utk menyambut raya terus bermulalah kerja cat mengecat bermula dari ruang makan, ruang tamu, ruang bilik anak2 cuma bilik utama yg belum dicat. Insyallah sambung balik cat mengecat di hujung minggu ni. Tak sempat pulak nak mengambil gambar semasa mengecat tu.. Itulah asalnya nak cat rumah sehingga menjadi terlalu penat so petang Isnin lalu tu suamiku mengajak berbuka puasa di luar. Tanpa bertanya apa2 terus kami bersiap & jangkaku selepas berbuka di luar & aku dah pun suruh anak perempuan standby bawa telekung kerana selepas berbuka niat nak terus ke masjid utk sembahyang terawih.

Sampai2 je rupa2nya suamiku telah membooking berbuka puasa di Kota Permai Resort & Country Club utk kami sekeluarga. Apa lagi buka puasa ala buffetlah kami di situ & bukanya sekejap yg dijangka lama juga melepak kat situ dan akhirnya tak pergi juga aku sembahyang terawih kali ni. Dah miss terawih.....Apa2 pun adalah sedikit gambar yg ditangkap semasa berbuka puasa di Kota Permai Resort.

Meja yg dibooking adalah No. 18
Antara makanan2 yg ada


Antara shoot2 yg diambil



Ni lah Resortnya...

No comments:

Post a Comment

Nuffnangsb

Search This Blog