Monday, September 28, 2009

Raya Ketiga di Majlis Marhaban & Rumah Terbuka Akim AF7

Poster ni dicopy paste dari blog akimfan, saja je nak paste kat blog ni pulak. Tentang jemputan ke Majlis Marhaban & Rumah Terbuka Akim AF7. Sebelum tu aku dah terima undangan ke majlis ni melalui sms dari ibu Akim bila aku confirm kan order kuih batang buruk utk raya.

Tiba nya hari raya ke3, aku yg kebetulan berada di JB berhari raya di rumah mertuaku, bersama suami & anak2 selepas solat zohor mula bertolak ke rumah Akim kat Taman Pulai Flora di Skudai, Johor Bahru. Tak jauh pun, rasanya tak sampai 1 jam dah sampai. Masa berhari raya ke Pontian pd raya pertama tu pun dah memang lalu area rumah Akim ni so tak lah sesat sangat mencarinya.

Sampai kat sana je dari jauh dah nampak dah Akim tngah dok melayan orangramai & peminat2nya bergambar sambil mengesat-ngesat peluh....Akim ni memang kuat berpeluh, boleh dilihat sejak dlm AF7 lagi. Ternampak Songo kat situ terus pergi bertemu & bersalaman dgnnya, bersama di situ ada bberapa AJK gafimmers yg lain siap berpakaian raya serba biru. Warna tema gafimmers ni. Juan pun ada. Mereka jemput aku masuk ke dlm rumah Akim bertemu ibu Akim tapi ayah Akim menyuruh kami menjamu hidangan terlebih dahulu. Mcm2 juadah yg ada, nasi tomato, ayam masak merah, masak daging, nasi impit, satay, bubur kacang dll. Sedap2 masakannya.....ayah Akim kata masak sendiri gotong royong bsama sanak saudara, Akim ni baru lagi so blum boleh lagi nak panggil catering besar2an..hee...hee...


Setelah kekenyangan makan, kami pun masuk lah ke dalam rumah Akim. Kat dalam aku berjumpa lebih ramai lagi ahkak2 (ni panggilan Akim kat kakak2 gafimmers) yg semuanya berseri berbaju raya serba biru. Ha...Songo pun ada, nama sebenarnya Nabil. Kami bersalam2an lah & masing2 memperkenalkan diri sambil bertukar2 contact no. Aku dah kenal dah siapa itu Wawa, Rere, Lara, Mysfara dan Meli yg sebelum itu hanya mengenali nama di forum blog akimfan. Sbenarnya masa kat gathering zoo negara jun lalu dulu tu pernah nampak mereka ni tapi tak sempat berkenalan pun, hanya senyum2 dari jauh je tanpa tau nama2. Yg ku sempat berkenalan time tu hanya Meli, Songo, Fiqa & bbrapa yg lain. Selepas tu kami pun bergambar beramai2 dlm rumah Akim he..he..

Haa..ni Juan, orang kuat Gafimmers, kalau tak silap President kelab gafimmers, kalau tak silap lah. Juan ni sememang dikenali ramai dari dulu2 sejak awal2 AF lagi. Seorang blogger & wartawan media yg dikenali. Tahun ni aku perasan lah ramai org2 media yg berminat kat Akim smasa dlm AF7, ialah Akim ni walaupun masih muda sangat tapi bakatnya sangat terserlah. Sebelah Juan tu taklah ku kenal.

Ha... yg bergambar dgn anakku Hafiz ni adalah Arif, adik Akim yg lebih tinggi dari Akim tu yg Akim kata kat Jimmy dlm Trek Selebriti Akim, adiknya lebih tinggi darinya pasal minum terlebih susu. Tapi gambar tak berapa jelas lah mungkin semasa ku tngah snap tangan ku bergoyang kot. Ni gambar yg lebih jelas sikit hubbyku yg snap photo Arif masa tengah mengintai2 tetamu.

Dah puas berborak2 dgn gafimmers dlm rumah Akim, aku pun keluarlah dpt pulak bersembang2 dgn ayah & ibu Akim. Tangkap gambar lagi lah jawapannya...hehehe...

Aku mintak tolong dgn Arif adik Akim suruh panggil Akim dtg ke arah kami sbb nak bergambar. Agak lama menunggu nak bergambar dgn Akim ni psl tak putus2 orang ramai nak bergambar dgnnya.

Sblum tangkap gambar dgn Akim, anak2 ku dah tangkap gambar dgn Aril & Yazid. Ika ni selain Akim, dia ni peminat Aril jugak. Ada masanya kedua2 aku kena mengundi masa AF7 dulu. Tapi aku, hanya Akim je yg ku undi pukal banyak2 & memang antara AF2 & AF3, kalau tak silapku, Akim lah yg paling banyak mendapat undian sms dariku sbbnya mengundi dari 1st konsert hinggalah ke final konsert. Akim wajar ku undi dari pandanganku kerana walaupun masih muda namun mmpunyai suara yg sangat bagus, sayanglah kalau terkeluar tanpa ke final.

Akim menyumbangkan suara dgn beberapa buah lagu, tapi tak brapa ingat lah nyanyi2an lagu apa. Lama sgt update blog smpai sikit terlupa. Antara aksi2 menyanyi Akim spt gambar2 kat bawah ni...



Nampak mcm Aril tengah pilih2 lagu kan....memang Aril pun menyanyi juga tapi lupa lah lagu apa.


Masa nak balik dlm lebih kurang pkl 6.15 ptg kami bersalaman dulu dgn Akim, ibu & ayah Akim & gafimmers smua. Lama jugak ye kami di majlis ni tanpa disedari sejak sampai dlm pukul 3 ptg. Hafiz mendapat duit raya dari Akim. Perasan tak dlm poket baju kurung melayu johor yg Akim pakai tu ada banyak sampul2 duit raya warna hijau utk kanak2 yg datang. Ni gambar yg lebih jelas lagi.....gambar sampul duit raya dlm poket baju nya......gambar candid Akim tngah kepenatan agaknya tu ke tengah menguap.... ??
Ni sampul hijau duit raya yg Akim kasi pd Hafiz & semua kanak2 yg datang....
Oh ye...sbelum balik setelah bersalam2an dgn ibu Akim, aku telah diberi 3 bungkus tempahanku iaitu kuih batang buruk. Aku ambil peluang memberi kpd ibu Akim 2 bungkus keropok marcher ikan bilis sebagai buah tangan. Sebenarnya aku nak tambah order lagi kuih batang buruk ni pasal ibu mertuaku pun nak juga tapi ibu Akim kata dah tak ada. So jadinya 2 bungkus kuih batang buruk je yg aku dpt, 1 bungkus utk ibu mertua ku. Kuih batang buruk ni aku dah bawa ke ofis dah beri peluang teman2 ofis utk merasa. Kat ofisku ni pun sebenarnya ada bbrapa orang peminat Akim AF7. Gambar kuih batang buruk pun aku tangkap juga...hehe...
Begitulah kisahnya pengalaman ptama beraya rumah Akim pd hari raya yg ke3. Sbenarnya aku pun tak expect nak pergi beraya ke rumah Akim, tapi entah ye sampai jugak akhirnya.... cuma majlis marhaban aku dah missed.

Moga syawal tahun dpan jumpa lagi....

No comments:

Post a Comment

Nuffnangsb

Search This Blog